KLIK KLIK

heartbeat.my

Rabu, 22 Disember 2010

TIP KURUSKAN BADAN CARA AREMEER PENYANYI KUMPULAN SOFAZR.

Inilah gambar terbaru Aremeer, penyanyi kumpulan Sofazr. Nampak kurus dan cengkung kan?
Menurut Aremeer, dah hampir setahun dia tidak makan nasi dan hanya makan mi, sayur dan buah-buahan. Dan hasilnya, berat badan Aremeer turun daripada 75kg pada tahun lalu kepada 61kg hari ini. Turun 14kg dalam masa setahun. Oklah tu kan daripada ambil ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan.

"Keputusan untuk menguruskan badan ini didorong oleh respons para peminat yang mengeluh dengan perubahan fizikal saya apabila tampil di kaca televisyen sebelum ini.

"Menyedari perubahan itu, saya bertekad untuk mengamalkan diet dengan tidak mengambil nasi dalam pemakanan seharian sejak setahun yang lalu," katanya.

"Bohonglah jika saya tidak jamah nasi langsung. Saya masih mengambil nasi juga kerana ia sudah menjadi makanan ruji sejak kecil. Cuma, saya akan ambil sekali-sekala jika benar-benar teringin saja.

"Pada awalnya, saya akui memang agak janggal kerana tidak mengambil nasi langsung tetapi lama-kelamaan ia sudah menjadi kebiasaan," katanya yang turut melakukan senaman rutin.

Kata Aremeer lagi, sejak berat badannya kian susut, dia bukan saja semakin aktif dan berstamina tinggi, malah tidak mudah semput apabila membuat persembahan nyanyian.

"Kalau sebelum ini, badan terasa berat dan kurang berstamina tetapi sejak setahun kebelakangan ini saya semakin aktif dan lincah serta tidak mudah semput ketika menyanyi," katanya. -

sumber dari mStar Online
Artikel nie copy dari http://jomss.blogspot.com/

TENGOK ORG KURUSKAN BADAN MCM SENANG JER...
TP SAYA SAMPAI HARI NIE TAK KURUS2.
MACAM MANA LA NAK KURUS AISHAH ooooiiiiiiiii,
KALAU MAKAN TAK INGAT DUNIA

Tiada ulasan:

klik2