KLIK KLIK

heartbeat.my

Sabtu, 22 Januari 2011

GAMBAR PERKAHWINAN AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA

 
 
ALOR SETAR: Hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah,26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 3.45 petang oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil yang mewakili walikan pihak perempuan iaitu abang Ayu, Roshidi Abu Bakar @ Che Wan.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan yang kelihatan anggun dengan busana rekaan Man Kajang berwarna krim menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ibu Ayu iaitu Zabedah Saad, ibu-bapa Zaquan iaitu Abd Radzak Salleh dan Azizah Arshad serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Sumber dari : http://mstar.com.my/

Ahad, 16 Januari 2011

HUBBY EKSIDEN LAGI

Hari rabu lepas (12-01-2011)  hubby eksiden lagi, Terkejut gak masa dia call bagi tau yg dia eksiden, tp syukur sb hubby tak cedera langsung. Kereta ja yg remuk, Hu hu hu terbang lg RM nak buat repair kereta tu.(Klau duit tu bg kat mama pi shopping kan best).

Kalau thun lepas org langgar belakang kereta, tp kali nie hubby plak pi langgar belakang kereta org. So kos repair kena la tanggug sendiri kan. klau pi report pun tak guna jugak, sb kan kereta yg langgar belakang di kira bersalah.

Dan akibatnya cuti tiga hari kami dok umah aja, sb kereta masuk bengkel, Td ptg baru siap repair.

Jumaat, 7 Januari 2011

BAWA PUTERI MAIN KERETA CONTROL KAT AREA STADIUM DARULAMAN

Lagi2 entry yg dah masuk kategori basi.. he he he
Biasa la blog sendiri punya, ikut suka ati la nak letak cerita minggu lepas ke, tahun lepas ke. janji tuan punya blog happy.

Punya la susah nak cari pot yg sesuai nak test drive kereta baru puteri nie.
Mula2 hubby bawa pi belakang Pacific, Biasa la tu tempat yg paling dekat ngan umah pun, lg pun kat situ ada taman permainan & ada kawasan lapang, tp sampai2 sana tgk Pasific plak tengah ada SALE, so semua kawasan lapang dah jd tempat parking keta. So cancel.

Terus gerak pi area Stadium plak sb kat situ ptg2 memang ada budak + bapak budak yg dok main kereta control kat situ. Tp sampai2 sana tgk org ramai lain mcm jer, rupa2nya ada pameran Bunga Orkid plak dah,

Tp alang2 dah sampai sana, kita org bg gak la puteri test drive kereta dia kat area tp Hotel Sri Malaysia tu. Lantak la org nak tgk janji kami Happy. he he he
 Tersenyum simpull anak mama nie. Suka la tu
 

 Mcm biasa hubby yg jd tukang control kereta.
 
 
Nampak tak kereta kat belakang puteri tu?
Klau tak silap tu kereta  Kelab Proton Saga, depa bkumpul kat situ nak buat acara cari harta karun kot.

Isnin, 3 Januari 2011

3 JAN 2011 SELAMAT HARI LAHIR ABANG

Entry nie khas buat Hubby tersayang

Di kesempatan ini inginku ucapkan SELAMAT HARI LAHIRI
buat suami yg tercinta & tercayang pada 3 Jan 2011 (wahhh dah makin tua dh yang oi! . Bertambah lg umoq abg)


tiada hadiah mahal, tiada majlis hari jadi yg meriah...yang ada hanya sekeping hati yang ikhlas bersama ucapan hari jadi buat suami tercinta....

*semoga kebahagiaan dan kegembiraan mengiringimu selalu
*semoga segala impianmu akan tercapai
*semoga dimurahkan rezeki & semoga berjaya dlm segala kerja yg abg lakukan
*semoga rasa cintamu padaku mekar selalu
*semoga sentiasa menyayangi syg dan anak mu yang sering memerlukan perhatian dan kasih sayangmu
*semoga dirimu menjadi abah yang terbaik buat anakmu
*semoga kasih sayang ini abadi buat selamanya
*SEMOGA KITA BERSAMA SELALU.......SELAMANYA........


AMINNNNNNNNNNNNN

SEMOGA KEBAHAGIAN SENTIASA MENJADI MILIK KITA SEKELUARGA

Sabtu, 1 Januari 2011

PUTERI + KERETA KUNINGNYER

Klau nak tau, kereta kuning nie dah lama hubby beli utk Puteri, Beli masa umoq puteri nak masuk setahun, beli kat Nilai. Punyalah semangat nak tgk anak dara dia naik keta, tp sbenarnya Abah dia ja yg lebih2. yg anak tu bukannya tau apa2 lg pun masa tu. Tgk kereta tu pun dia dah nangis takut nie kan plak nak naik.

Dkat setahun gak la kereta tu parking jer kat bawah tangga tak da sapa naik, Puteri pun tak tunjukkan minat nak naik kereta tu. hu hu hu.

Tp sejak dia selalu tgk budak2 lain main kereta kat Mall, dia pun mcm teringin gak nak naik,
Jd nya mama suruh la hubby keluarkan kereta tu kasi puteri naik. Mula2 bw keluar tu, bukan main lg puteri nangis tak nak naik.

Puas gak la mama ngan hubby pujuk baru dia mau naik. Dekat sehari gak la nak pujuk dia, Last2 lepas mandi ptg tu baru dia nak naik.  tp bukan puteri yg control kereta tu yer, sb dia mcm tak pandai lg nak control kereta tu, Jd nya hubby la yg dok control pakai remote control. he he he
Muka budak kena paksa naik kereta (muka tak puas hati ngan mama & abah)
Nie plak muka suka (agaknya sekarang baru dia tau, yg naik kereta control tu syok he he he)
Gelak sakan tu
Nie la tukang control kereta tu. Nampak mcm abah yg terlebih seronok sb dpt main kereta control.
Siap ckp nanti nak bw puteri main kereta tu kat area stadium lg

FAIZAL YUSUP PELAKON DRAMA TIRAMISU MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.
Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

SUMBER DARI : http://mstar.com.my/

klik2