KLIK KLIK

heartbeat.my

Isnin, 30 Mei 2011

TAK DAK TAJUK

Entry nie tak dak tajuk, sb tak tau nak letak tajuk apa dah, mama cuma nak letak gambar puteri yg mama ambik masa dia dok siduk sepahkan rumah ari tu, (sbg kenangan utk mama & puteri satu masa nanti) kan blog nie ibarat diari mama.
Puteri nie kan asal mama kemas jer, mama pusing belakang sepah balik, adoi la puteri sian la kat mama mu ini. 
 
 
 
Penat mama kutip mainan letak kat dlm satu bekas, bleh plak dia keluarkan balik, LETIH MCM Nie

Jumaat, 27 Mei 2011

JOM CUBA NESTEA

Sapa dah cuba minum nestea nie?
Bagi mama rasa nestea nie kira ok la jugak & yg penting senang nak buat,
Semudah 1, 2, 3 jer he he he
Hanya tambah air sejuk ke dlm botol nestea & masukkan 1 pek nestea, pastu goncang. (goncang botol bkn goncang badan plak yer)

Ahad, 15 Mei 2011

MAI TGK BEAN BAG PUTERI

Actually nak citer pasal bean bag..haha entry lepas mama ada bg tau yg kita org ada beli sarung utk bean bag nie kan , sebnarnye mama ada gak tgk bean bag ni yg jual online  tp slalu jumpa harganye 2-3 ratus blom masuk delivery lagik..

Jadinya hari sabtu minggu lepas pg2 lg kami dah keluar, misi utama nak cari cik bean utk letak dlm bean bag tu, yg sbnarnye bean tu adalah polystyrene beads - butiran polisterin putih...kecik2 macam manik (betulker mama eja nie) .. .. jgn plak  ingat kita org letak kacang hijau kat dlm tu yer.

Rupa2nya susah gak nak cari benda alah nie kat alor staq, merata kami pi semua ckp tak jual, last2 kami ke Giant, nasib baik ada, terus kita org angkut 7 beg.  
tgk sampai tak muat troli tu,  bdak kecik nie sbuk dok tanya abah buat pa beli byk2,
tp bila abah ckp nak letak dlm bantai pisang puteri terus dia happy semcm.
Hubby bkn saja beli polistirene tu aja tau, tp dia beli sekali baju renang (thun bila agaknya abah nak bw pi main air mama pun tak tau, mama takut baju tu dok dlm almari jer nanti) & kolam renang utk puteri dia, pendek kata semua benda utk puteri ja la. mama non ada, hu hu hu sedih tau.
Sepanjang kami kat Giant tu, byk plak org yg dok tegur & tanya nak buat apa beli benda nie byk2,
Dia org mcm heran pun ada.
ada yg siap tanya syok ka tidoq atas bantal yg mcm nie.
ish3x jenuh gak la nak menjawap.
Sampai jer umah gigih cik hubby dok isi polistirene tu kat dlm bean beg, habih bertaboq satu umah, ya la polistirene tu kan ringan,
Akhirnya dptlah puteri bersantai kat atas bantal pisang dia tu.
Mama nak tumpang pun tak bleh tau.
Petang tu kita org keluar lg saja bawak puteri pi Mcd, sb dia dok bising nak set Happymeal yg dpt sponge bob tu  (tp sbnarnya bkn nak mkn happymeal tu tp dia nak sponge bob tu aja).  

Ptg tu hubby sempat la beli sepasang kasut utk diri sendiri, mama non ada gak. bkn hubby tak mau beli ok, tp mama yg tak mau, sb tak ada yg berkenan di hati. he he he
mama rasa nie la kasut paling mahal hubby pernah beli utk diri sendiri dkt RM3++ gak la.. sb selalu dia cuma pakai kasut murah2 jer. yer la baru skrg nak merasa senang sikit kan.

Selasa, 10 Mei 2011

CUTI 1 MEI KAMI

Ahad lepas, sempena cuti hari pekerja, kami ada ke penang, (penang lg) ha ha apa nak buat itu jer yg mampu pun, nak pergi jauh2 RM kurang. tp kira syukur la tu sb sekurang kurangnya hubby nak jugak bawak kita org berjln. (pi mana pun mama tak kisah janji puteri mama happy)

Dari Alor Star kita org ikut jln biasa jer, sb ingat nak berhenti mana2 kedai mkn yg best nak mkn tgh hari.
Budak nie main jer keja dia, ngan kucing pun bleh jd kawan,
Kita org mkn kat area gurun, lpas makan terus masuk highway gurun
Konon nak jln2 tepi pantai, tp sb cuaca yg panas, terus tak jd, lebih baik masuk shopping complek..
Mula2 niat nak cuci mata ja, sekali tgk ada sale gila2 punya. apa lg shopping sakan la kami. tp kami shopping benda yg penting ja la.
Kita org kan baru beli set katil baru so harus ler beli cadar baru gak, sb cadar lama saiz queen mana bleh guna kat katil baru...
nie budak sibuk nak bean bag tu, yg abah tak sampai hati klau tak beli apa yg anak dia nak.
jd terbang lg duit, demi memenuhi kehendak anak sorang. nasib baik sorang, klau ramai tak tau la mcm mana nak buat, tak kan nak beli sorang satu kot. bean bag nie bukannya murah.
tgk tak mau turun ok, sibuk dok ckp nak bantai pisang. he he he
kenapa puteri panggil bantai pisang???
sb bentuk bean bag tu seakan2 pisang + warna dia yg kuning.
Kita org beli sarung dulu, isi dlm nanti balik beli kat Alor Staq ja.
Sarung tu pun dah RM69.90, belum termasuk kos nak beli polistirene yg bntuk bebola kecik.
Puteri pegang bantai pisang tu tak lepas, sb takut mama tak bg beli la tu

tgk betapa manjanya budak kecik nie ngan abah dia, tidoq pun nak atas abah

Isnin, 9 Mei 2011

BARANG BARU LAGI

Cuaca skrg kan selalu ja panas, sampai kan nak tidoq mlm pun tak selesa, tu yg cik hubby sibuk nak pasang aircond tu, ya la dia kesian tgk anak manja dia tidoq mlm kdg2 sampai berpeluh2,

Tp last2 bukan saja dpt aircond baru , hubby up sekali dgn tilam & katil saiz king yg baru, he he he syg abg. nie kira hadiah utk hari ibu la kot.
Bdak happy,mana tak happynya mama & abah sibuk pilih barang dia plak sibuk pau gula2 dari sales girl kedai perabut tu.....
Byk gak pilihan kat kdai nie, sampai tak tau nak pilih yg mana 1....
Nanti bila set yg baru nie dah sampai, kita org cadang nak letak set katil yg lama tu kat bilik tidoq tetamu aja, sb nya bilik tidoq tu kosong lg, sebelum nie klau ada saudara mara dtg mama cuma bentangkan toto aja,
hu hu hu sedih kannn
Hubby memang jenis nak semua cpt, kita org beli aircond tu tgh hari, ptg tu juga hubby suruh dia org dtg pasang,
Hubby ada sikit hot dgn cina yg pasang aircond nie, sb janji nak mai kul 6 ptg, tunggu punya tunggu pkul 8.30 mlm baru dia mai, terpaksa la cina tu pasang aircond mlm tu jugak, sb sapa suruh dia janji kan.

Ahad, 8 Mei 2011

BBQ BUDAK2 OPIS

Minggu lepas budak2 opis ada buat BBQ, sj suka2,
Ok lah mama tak tau nak cerita mcm mana tgk ja la gambar yer
 Tugas bakar2 serah kat bdak2 lelaki, yg perempuan tunggu ngap jer. he he he
 mcm biasa puteri klau jumpa geng, tak mkn pun tak pa dah, janji bleh main sampai puas 
Antara menu utk mlm tu ialah pulut kuning + gulai daging, nasi greng, ayam bakar, kerang bakar, ikan bakar, jagung bakar, byk lg tp mama dah lupa la.
 
balik ja dari BBQ tu kita org singgah up town kat Stadium jap, saja cuci mata, tak beli apa2pun. 

ALAHAI PUTERI

Budak kecik nie kan ada ja agenda dia, yg bleh buat mama naik angin,
Cuba tgk cara dia duduk tu, mana dia belajar pun mama tak tau, hai terlebih kreatif,
tgk umah dah mcm tongkang pecah dah, asal mama kemas ja, tak sampai 5 minit, puteri mesti sepahkan balik, Sabar jer laaaa
 
tgk relax ja dia tgk tv dok mcm tu, mama yg risau takut dia jatuh.
Siap bleh sengih lg bila mama ambik gambar dia.
Nie lg satu hobi dia, asal naik basikal mesti sibuk nak pakai helmet,
Konon nak jg keselamatan la tu, dia tak tau klau dia pakai helmet tu lg bahaya, sb helmet tu berat. terhoyong hayang badan dia bila pakai helmet tu.



Jumaat, 6 Mei 2011

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ZED ZAIDI & NELLY NATALIA

Tahniah buat Zed Zaidi yang telah selamat bernikah dengan Natalia Mustafa Kamal pada 29 April 2011 di Restoran Felda Villa, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kini Nelly Natalia sudahpun sah menjadi isteri kepada Zed Zaidi.. Tiada siapa yang sangka pengenalan Zed Zaidi dan Nelly Natalia melalui laman social Facebook berakhir dengan pernikahan jua..

Pada majlis pernikahan yang lalu, pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran sebanyak RM20,000. Kedua-dua pengantin baru ni sudah pun bersepakat untuk mengadakan majlis resepsi pada 7 Mei ini di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan bertemakan ‘moden tradisional’.. 

 
 
Sumber dari http://www.mygosip.com/

Rabu, 4 Mei 2011

CUTI2 LANGKAWI

Minggu lepas kami ke Langkawi, Nie kira percutian singkat & mengejut la, Sb 2 hari 1 mlm jer pun.

Nak tau sb apa kami pi Langkawi, Sb utama adalah budak kecik kat bawah nie la, Hari2 dok cakap nak naik bot besaqqq, Jd cik hubby penuhkan lah impian anak dia nie, walaupun skrg nie hubby memang bz tahap gaban, sampai tidoq pun tak cukup, tp demi anak tersayang dia turutkan juga, (Padahal mama yg dok ckp kat puteri naik bot besaq tu best, ha ha ha  strategi kena ada)
Budak happy nak naik bot,
Kita org ke Langkawi ikut jeti Kuala Kedah, tak sampai 20 minit pun dari rumah nak ke Jeti tu

Budak happy dpt naik bot

Nie masa sampai kat Jeti Langkawi, Cik Hubby sibok dok uruskan bilik & kereta sewa
Masa pi satu beg jer, tp time balik dah jd berbeg2

Nie antara aktiviti wajib kalau pi Langkawi.. Shoppinggg !!!!
Kiranya hari pertama kita org habiskan masa utk shopping jer

Tgk sakan Puteri mkn coklat, puas mama pujuk suruh ambik pek kecik ja, tp dia tak mau. dia nak yg nie jgak.
Yg abah plak ikut jer apa anak dia nak... gerammm mama tau

Aktiviti hari kedua, pg2 lg kita org ke pantai, nak kasi cik puteri nie mandi laut jap, sb lepas tu kita org nak siap2 utk terus check out dr chalet.


Kita org cuma sempat bawa puteri ke Taman burung kat Langkawi aja, tempat lain tak pergi pun, lg pun time nie cable car tutup. sb apa tutup, tak tau la plak mama.

rasanya nie la satu-satunya gambar kami bertiga kat Langkawi
Suka puteri tgk burung kat sana, sampai hari nie dia dok ulang ckp yg dia pi naik bot besaqqq, pi tengok bird besaqq,
Tgk kan mama dah ckp pi satu beg, tp time balik terlebih beg plak, sampai kena beli beg baru tau buat isi coklat jer tu, Sakan betoi mama shopping, tp bukan shopping utk mama jer tau, utk mak tok puteri pun ada gak
Set pinggan yg mama beli utk mak tok puteri, mama beli satu set yg kaca & satu set lg yg plastik.
Yang nie mama punya. he he he tq cik hubby sb sponser semua nie yer.
Love u so much!!!!!!

klik2