KLIK KLIK

heartbeat.my

Memaparkan catatan dengan label CINTA HATI SAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CINTA HATI SAYA. Papar semua catatan

Selasa, 22 Julai 2014

PERSIAPAN RAYA ANAK2

siap jugak persiapan raya anak2 mama. tinggal baju kurung kakak & baju melayu adik ja mama beli ambik lg 

yg lain semua dah selesai....
 Baju raya kakak puteri
Baju raya adik ariq

Isnin, 6 Ogos 2012

ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 8 KAMI

Hari ini 6-8-2012 (Isnin), genaplah usia perkahwinan sya dan En Hubby yg ke 8 tahun... alhamdulillah semoga bahagia dan gembira terus mengiringi perjalanan hidup kami di samping anak2, harta tidak ternilai dalam hidup.

Ya Allah... limpahkanlah berkat Mu, rezeki Mu dan kasih sayang Mu. Kekalkan kebahagiaan rumahtangga ini hingga hembusan nafas kami yang terakhir. Biarkan dia menjadi suamiku dan aku menjadi isterinya hingga kami kembali kepada Mu nanti... Amin!



Note : bermula esok 7-8-2012 sampai 14-08-2012 myhubby ada final exam utk PJJ di UUM. Syg doakan semoga abg dpt jawap exam dgn tenang yer. semoga berjaya ya sygggg....

Selasa, 17 Januari 2012

MAKAN2 SEMPENA B.DAY HUBBY (03-01-2012)

Sya jarang buat entry tentang mkn2 nie, bukan maksud kita org jarang mkn2 kat luar, bleh kata tiap2 hari mkn kat luar, he he he betul2 pemalaskan sya nie....

Bkn x nk mkn kat umah, tp myhubby selalu ajak mkn kat luar jer, sb katanya senang, nanti syg tak payah buang masa cuci2 & kemas2 dapur...... (skrg baru bertiga bleh la mkn kat luar hari2, nanti klau dah bertambah ahli keluarga rasanya kena mkn kat umah gak)
So sempena b.day hubby hari tu, sya belanja myhubby mkn kat Restoren Asiokis, sya guna kupon yg beli dari EVERDAY http://myaishahazrul.blogspot.com/2011/11/hobi-baru-beli-kupon-online.html...
Kiranya berbaloi gak ler beli kupon nie, dgn harga RM17.00 bleh dpt set makanan kat bawah nie & dapat 2 minuman jus.

Selasa, 3 Januari 2012

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...... (03-01-2012)

Happy Birthday Abang

Semoga Abang sentiasa dipanjangkan umoq dan dimurahkan rezeki.. aminnnnnn
Semoga abang akan menjadi suami & abah yang soleh, sabar, bertimbang rasa, dan akan memberi contoh yang terbaik kepada syg & puteri.
Terima kasih di atas segala-galanya.. kami sangat menghargai segala jasa dan perngorbanan Abang.
Kami sgt sygkan abanggg..... & semoga kebahagian ini akan menjadi milik kita selamanya
p/s hari nie hari pertama puteri ke tadika, harap dia dpt sesuaikan diri kat sana :)

Isnin, 15 Ogos 2011

06/08/2011 ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 7



Alhamdulillah... 06-08-2011 yg lepas  genap 7 tahun usia perkahwinan kami. sedar x sedar sekejap jer.... dah 7 tahun !!! dalam tempoh 7 tahun  ni, boleh dikatakan kehidupan mama sebagai seorang perempuan dah lengkap. dari sorang gadis kepada sorang isteri dan skang sorang ibu...  mama rasa sangat gembira dan bahagia di samping suami dan puteri kami. walau apapun mama sentiasa mendoakan agar rumahtangga yg kami bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kami berdua... amin!

Citer pasal ulangtahun... nampaknya sambutan ulangtahun perkahwinan kami tahun nie  xdela spesel sangat cam org lain. bajet x cukup nak wat macam mana... (bajet habis utk sambut raya), walau apapun mama tetap gembira sebab hubby  tetap x lupa tarikh keramat ni... walaupun xde hadiah mahal2 tp pada mama yg paling mahal bila dia mengingatinya serta cukup sekadar ucapan dan kasih sayang yg dia curahkan... 

Khamis, 10 Februari 2011

DATING TENGOK WAYANG FILEM HAQ DI MALAM TAHUN BARU CINA

(Entry klau tak dak gambaq mcm tak best jer)

Rasanya dah lama tak dating tgk wayang ngan hubby, (Dulu masa bercinta, rasanya tiap2 minggu kami tgk wayang) Last tgk wayang cerita Adnan Sempit kottttttt, Entah la tak ingat dah ... rasanya betul la tu.

Ntah apa mimpi ptg rabu tu hubby call dari tempat kerja ajak tgk wayang lepas balik dari kerja nanti.
So ptg tu berdating la kita org kat panggung wayang tu. Sampai kat sana baru la dok nak fikir cerita apa nak tgk. Last2 kita org tgk filem  HAQ, Sb tgk promosi kat TV mcm best jer. (kata rakyat malaysia kena la sokong filem malaysia, walaupun cerita tu tak la best sgt pun). yg best pun sb penjahat ( ADI PUTRA) lagi hensen dari Hero. he he he ....

Lepas habis tgk wayang terus cergas pi ambik dak kecik kat umah mak hubby, kena cepat pi ambik tak leh nak melencong kemana2 dah, sebab dah lewat. hu hu hu
p/s  to hubby: lain kali dating lg yer

Isnin, 3 Januari 2011

3 JAN 2011 SELAMAT HARI LAHIR ABANG

Entry nie khas buat Hubby tersayang

Di kesempatan ini inginku ucapkan SELAMAT HARI LAHIRI
buat suami yg tercinta & tercayang pada 3 Jan 2011 (wahhh dah makin tua dh yang oi! . Bertambah lg umoq abg)


tiada hadiah mahal, tiada majlis hari jadi yg meriah...yang ada hanya sekeping hati yang ikhlas bersama ucapan hari jadi buat suami tercinta....

*semoga kebahagiaan dan kegembiraan mengiringimu selalu
*semoga segala impianmu akan tercapai
*semoga dimurahkan rezeki & semoga berjaya dlm segala kerja yg abg lakukan
*semoga rasa cintamu padaku mekar selalu
*semoga sentiasa menyayangi syg dan anak mu yang sering memerlukan perhatian dan kasih sayangmu
*semoga dirimu menjadi abah yang terbaik buat anakmu
*semoga kasih sayang ini abadi buat selamanya
*SEMOGA KITA BERSAMA SELALU.......SELAMANYA........


AMINNNNNNNNNNNNN

SEMOGA KEBAHAGIAN SENTIASA MENJADI MILIK KITA SEKELUARGA

Khamis, 5 Ogos 2010

06/08/2010 ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 6

Syukur ke hadrat ilahi esok hari Jumaat penghulu segala hari secara rasminya usia perkahwinan kami (Aishah & Azrul Hafiz)  sudah pun menjejakkan kaki ke angka 6 Tahun.

Tahniah buat kami berdua :) rasa macam baru semalam di Ijab kabulkan.


Terima kasih Abang kerana membahagiakan hidup sayang, tidak pernah  sekalipun rasa diri di abaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya permata hati dalam hidup kita yg  menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita.

Semoga  masjid yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudahan Allah memberkati kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin

Ahad, 20 Jun 2010

SELAMAT HARI BAPA SYGKU



SELAMAT HARI BAPA
Istimewa buat suamiku yg tersyg
Semoga Abg akan menjadi bapa yg paling baik dan bertanggung jawap,
Semoga abg akan jd bapa yg paling bahagia sekali di dunia ini.

Isnin, 26 April 2010

KERETA HUBBY DAH SIAP REPAIR

Kereta hubby akhirnya siap jugak petang kemarin,
Nasib baik Cina yg langgar kereta hubby tu mau byar semua kos repair kereta tu. kalau tidak teruk jgak ler nak kena keluar duit sendiri repair kereta.




budak kecik nie skrg pantang nampak org pegang kamera, mula ler dia tersengih2.

Sabtu, 24 April 2010

VIVA KAMI KENA LANGGAR

Hari rabu petang, time balik keja, kereta hubby kena langgar dari belakang,
nasib baik hubby tak aper2, keta sj yg rosak sikit,
cina yg langgar belakang keta  hubby tak mau report polis, dia mengaku salah dan janji nak tanggung semua kos repair keta hubby,

sebenarnya hari khamis kita org berdua dah ambik cuti sb nak ke KL ada urusan sikit, tp dah jd mcm nie tak dpt la kita pi KL.

Hari ahad baru keta siap repair, kos repair dlm RM650, cina tu dah pi byr kat kedai, hubby tunggu pi ambik keta ja esok petang.




Nasib baik bapa saudara hubby bagi pinjam keta dia, dpt gak kita org jln2 hari cuti  nie.

Isnin, 4 Januari 2010

HAPPY B.DAY ABANG 3-1-2010

Semalam hari lahir abang, tp sayang tak sempat beli apa2 hadiah & tak der sambutan langsung, sebenarnya bukan sayang tak nak sambut, tp sayang kan demam dari hari rabu malam sampai ari nie,
Skrg baru rasa ok sikit. sampaikan abg plak kena ambik cuti jg sayang kat umah. SORRY.......... syg


sayang janji akan sambut b.day abg nanti. lewat sikit pun ok kot, janji kita sambut gak, sayang tau walaupun abg kata tak kisah, tp kat dlm hati mesti sedih jgkan.

Ahad, 11 Oktober 2009

JAMUAN RAYA PEJABAT BELIA KOTA SETAR

Petang Jumaat 9-10-2009 mama ikut hubby pi jamuan hari raya dan majlis perasmian pejabat baru belia daerah kota setar.
Yang baju kuning tu cinta hati saya.
Majlis perasmian oleh Pegawai belia negeri kedah.

Ahad, 4 Oktober 2009

KENDURI TAPAI

Hari jumaat 2/10/2009 tempat keja hubby buat jamuan, So nurse2 kat tempat keja hubby nak sgt makan tapai, nasib baik mak mertua sanggup nak tlg buatkan. kalau tidak tak merasa la depa semua nak mkn tapai.

gambar masa jamuan tak amik pun sbnya sibuk dok kejar puteri ja.


ada dkt 700 biji tapai nie, sekelip mata ja licin.

rumah terbakar

30/09/2009 : ALOR SETAR: Dua beradik maut dalam kebakaran babitkan 10 rumah di Kampung Kilat, Alor Setar, pagi ini.Dalam kejadian jam 10.45 pagi itu, Nor Faiza Natasha Mohd Farid, 4 dan adiknya Nor Faiza Naziha, 2 ditemui rentung dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah terbabit.Ketika kejadian, nenek mangsa, Zawiyah Awang, 70 berada di luar rumah, manakala ibu bapa mereka, Norlia Mohd Zain, 27 dan Mohd Farid Mansor, 32, keluar berniaga di gerai kira-kira 2,500 meter dari rumah mereka.

Hubby terlibat secara langsung dlm proses memberi bantuan kecemasan (melalui bulan sabit merah cawangan alor setar) sampai hari nie pun hubby masih ulang alik pi tgk keperluan dan kebajikan mangsa2 kebakaran tu. harap2 cepat la dia org nie dpt tempat tinggal baru.

Jumaat, 7 Ogos 2009

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 5 - DPT JUS MATE 5

6-8-2009 Khamis adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 5, sekejap jer rasanya masa berlalu, rupa2nya dah 5 tahun kami berkahwin.

Hari khamis tu kita org berdua berpuasa sunat, petangnya berbuka kat luar berdua, puteri tinggal kat rumah mak mertua la (kesian puteri asyik kena tinggal jer) kasi peluang mama ngan abah dating jap.

Lepas makan hubby terus bawa mama pi herba prima kat Jitra, kedah beli hadiah utk mama, yessssss mama dpt hadiah lg....... syoknyaaaaaa

Nak tau apa yg mama dpt jeng jeng..............
 
Ambik kau sekali beli 3 kotak terus, bukan apa nie kes dah tak larat dgr mama bebel yg badan mama makin bertambah sihat skrg nie.....

Tapi mama blum minum lg jus mate5 nie, ingat nak start time bulan posa nie.

Lepas nie sapa2 yg nak beli jus mate5 leh la order ngan mama........ Jgn segan silu plak yer...

Rabu, 5 Ogos 2009

HARI PENYAYANG 2009

Hari penyayang mula awal pagi Jumaat, mama tolong geng bulan sabit jaga gerai depa, sbnya depa tak cukup org hari tu, kebanyakkan ahli ada tugas lain. 

 Nie la Gerai bulan sabit, baju tu mama yg punya, mama tumpang jual kat gerai bulan sabit tu.
 
 
 
Cuba teka mama bergambar dgn sapa????????
Nie la Tengku Puteri Intan Shafinas, Anakanda kpd Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah).
Tengku Puteri nie adalah penaung Yayasan Sultanah Bahiyah Dan Juga Bulan Sabit Kedah.
Bangga nya mama dpt ambik gambar ngan Tengku Puteri.

Isnin, 3 Ogos 2009

PERSIAPAN HARI PENYAYANG

Hari jumaat 31 Julai dan Sabtu 1 Ogos ada karnival hari penyayang anjuran YAYASAN SULTANAH BAHIYAH di kawasan stadium darulaman. Hubby terlibat sbg urusetia program tu (bahagian pertolongan cemas).
Persatuan Bulan Sabit hubby jg ada ambik bahagian dlm pameran. So hari Khamis petang geng2 hubby pun sibuk la dok hias gerai depa, mama pun ikut sama pi dok menyibuk kat sana dari petang sampai malam.  
 
 

Isnin, 13 Julai 2009

PERKHEMAHAN RAKAN MUDA & BULAN SABIT

Hari sabtu 4 Julai, 2009 mama ikut abah pi Pantai Merdeka, Sebenarnya Abang jg salah seorg urus setia progam perkhemahan persediaan bencana alam, anjuran bulan sabit merah malaysia dan rakan muda, peringkat negeri kedah. Sebenarnya perkhemahan nie mula 2 julai (Khamis) dan tamat 4 Julai (Sabtu) @ 3 hari 2 malam.
 
Abang tak tidoq kat sana, dia pi pagi balik petang. Sebab tu ler hari last mama dapat ikut pi sana. Mama jer la yg ikut puteri tinggal ngan tok dia. (bagi peluang abah ngan mama dating).
 
 
 
 
 
  Majlis penutup, ramai jg peserta, ada lebih kurang 250 org.
 

klik2