KLIK KLIK

heartbeat.my

Memaparkan catatan dengan label CERITA KAMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CERITA KAMI. Papar semua catatan

Khamis, 5 September 2013

CERITA RAYA KAMI

Hu hu  raya dah pun nk habis sebulan, baru ler ada masa nk update cerita raya. Ingat x mau update dah tp syg gak.. kot2 la nanti dah tua2 bleh la belek2 blog nie 

Pg raya mcm biasa myhubby sembahyang raya kat surau dekat taman perumahan kita org jer. selesai solat ambik gambaq family dulu. 
pastu keluar raya kat umah sebelah dulu & terus gerak ke rumah MIL lepak sana spai kul 3ptg

Pastu pi pekan aloq staq cari kedai gambaq nk ambik gambaq studio raya... habis ja ambik gambaq terus gerak balik umah tok nek plak... lepak sana spai mlmm 

so itu la cerita raya pertama kami

ok jom kita layan gambaq  plak.......

Nie budak memang manja tp mama ok jer.....
Kakak yg dah makin besar....
2 hero pujaan hati saya
Apa la Ariq nie org nak ambik gambaq dia plak x mau dok diam
gambaq kat umah MIL x der... nie gambaq kat umah tok nek...
syok ooo lepak sini. sb memang ramai saudara mara kat umah tok nek...
alang2 dah pakai lawa2 nie rugi la klau x ambik gambaq kan...
nie la rupa umah tok nek
mlm sesi main bunga api plak
habis main bunga api ada sesi bg duit raya plak
sapa yg beratoq memang akan dpt duit raya x kira la tua ka muda
ambik gambaq lg... rasanya time nie dah dekat pkul 12mlm kot
yg nie gambaq family myhubby
Ok selesai raya pertama.

raya ke2 kita balik kg sya plak.
yg nie gambaq raya ke3 di kulim
dah tu jer cerita raya kami....

Rabu, 7 Ogos 2013

PERSIAPAN RAYA KAMI

Alhamdulillah tahun ini dapat lagi bertemu dengan syawal. Kali ni raya berempat pulak. Syukur dengan kurniaan ini. Tahun lepas, nak cari baju kurung susah sikit sebab pregnant..

Persiapan raya tahun ni byk abis kt anak2 ja. Baju bebudak ni memang byk. Untuk sya & suami cuma ada sepasang jer baju baru utk pakai raya pertama, :( ...  bukan x nk beli tp x sempat nk beli...tgk la mlm nie klau sempat ingat nk shopping utk suami & sya plak. anak2 dok diam2 kat umah mak tok ... 
 sebahagian baju raya puteri. 
 tudung raya puteri , sibuk dia nk tudung raya cantik mcm tudung mama 
 sebahagian baju raya ariq.
kasut raya anak2

Tema tahun ni utk raya pertama kami pkai warna kuning... Bukan kami 1 family jer yg pakai kaler kuning. Tp Mak mertua, pak mertua & adik ipar pun pakai kuning gak.  Terpaksa pakai kuning sb kami yg beli kan kaler kuning.

Walaupun baju raya kami suami isteri sepasang jer, tp ada benda lain yg kami dapat, Cik Hubby tukar rim & tayar keta alza, sya dpt keta Honda Jazz Hybird.... Raya Tahun nie bleh la ronda2 ngan keta baru... 
 rim & tayar kereta raya cik hubby 
kereta raya kami

Selasa, 6 Ogos 2013

06-08-2013 SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-9

Alhamdulillah, 9 tahun sudah hari ini.
Melihat anak-anak yang semakin membesar.. menambah lagi rasa syukur kepada Allah.

Saya dan dia saling mencukupi kelebihan dan kekurangan diri

Saya dan dia saling menerima, memahami dan menyintai apa yg ada antara kami.

Apa yg kami ada selepas 9 tahun?
Saya ada dia
Dia ada saya
Kami ada Puteri Eryna Batrisya
Kami ada Putera Ariq Hazim

Menyerikan lagi ikatan dua hati ini.
Ya Allah, jika ada rezeki dilangit. Turunkanlah kepada kami sekeluarga
Jauhi keluarga kami dari syaitan yang mahu membinasakan gedung pahala kami.

Doakan keluarga kami ini bahagia hingga syurga dan jodoh kami sehingga akhir hayat. 

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suamiku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,

Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia,

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Selasa, 23 Julai 2013

REZEKI BERNIAGA ONLINE

Alhamdulillah syukur, Mcm x percaya dari suka2 niaga online (part time), pastu awal tahun 2012 bhenti kerja buat full time tp dari umah jer. kemudian bulan Jun, 2012 bila perniagan makin maju sya beranikan diri sewa kedai, tp masa kedai kecik jer la, lg pun masa tu tengah mgandungkan Ariq...  Sya Cuma jaga kedai smpai bulan Ogos, 2012 jer. lepas tu terpaksa upah pekerja sb dah sarat sgt.
 Tgk kecik jer kedai pertama saya, sewa separuh kedai jer, syer dgn kedai handphone

Tahun nie bulan Jun, 2013 saya & myhubby terpaksa berpindah kedai  sb stok barang2 terlalu banyak sampai dah x muat kedai & skrg nie saya dah full time jaga kedai sendiri dgn sorang staf... memang sibuk sgt2 tp saya happy jer dan insyaallah bulan depan akan berpindah lg sekali ke kedai yg lebih sesuai lg.
 
 
p/s 
kalau anda rajin jemput ler like fpage saya yer https://www.facebook.com/auramegatrading
klau sudi jemput ler cuci mata kat kdai saya di  http://cybermall80.blogspot.com/. 

Isnin, 16 Julai 2012

TEMAN HUBBY PI KURSUS

2 minggu lepas 4-7-2012 sampai 7-7-2012 sya & puteri ikut myhubby ke KL, biasa lah dah lama x cuti2 nie, bila myhubby ajak jer dah x fikir panjang terus cakap nk…  jdnya puteri mama terpaksa lah ponteng tadika hari rabu & khamis tu.... nk jln punya pasal apa pun sanggup... :)
Budak nie la yg paling excited nk jln2......
Keja dia dlm keta mkn & tiduq ja, bila buka ja mata soalan pertama yg dia tanya "kita dah sampai KL ker abah"
Apa ingat pi KL mcm pi Penang ka Puteri oooiiiiiiii....
Gambaq sepanjang kat KL x ada, sb malas nk keluarkan camera.... lgpun kami lepak kat bilik ja sepanjang myhubby berkursus... keluar jln2 pun time ptg jaaa..

Hari Jumaat myhubby habis kursus dlm tgh hari.... so lepas check out hotel terus gerak ke MYDEAR WAREHOUSE SALE plak . nasib baik ada GPS klau x memang kami sesat laaa..

Gigih betul kita org suami isteri sampai ke KL mencari barang2 baby mcm la kat Kedah nie x jual brg baby.... biasa lah dah kebetulan ada kat sana tu yg kita org pi tu... tp klau semata2 nk ke KL utk beli brg2 baby rasanya tak berbaloi kot... 

Kesian myhubby x sempat tukar baju pun.... katanya klau dia tukar baju nanti lambat, takut x sempat sb lepas selesai borong kat MYDEAR WAREHOUSE SALE tu kita org nk ke Cameron Highlands plak.. :)
 Nasib baik mood puteri baik jer masa nie ....
 Puteri nie memang x bleh dok diam lama2.... ada jer benda dia nk buat....
Antara brg2 yg kami beli kat MYDEAR WAREHOUSE SALE...
Yg sebenarnya x der niat pun nk beli stroller mydear tu, sb sya memang dah niat nk beli stroller maclaren nanti. tp myhubby ckp beli ja yg nie dulu... nanti baru beli stroller maclaren plak.....

klik2