KLIK KLIK

heartbeat.my

Jumaat, 1 Mac 2013

ARIQ LIMA BULAN 11-02-2013


Ariq dah masuk 5 bulan lebih, baru kecoh nak cerita pasal perkembangan. He he..maklumlah mama Ariq super duper busy. Tak sempat nak update blog.  Kekadang ada benda nak cerita tapi ada jer halangan nak buat post baru. Sya suka post bergambar, baru ada feel nak baca (syok sendiri baca blog sendiri..haha)

Ok, toksah merapu lebih panjang. Alkisah tentang Ariq 5 bulan ini, memang perkembangannya drastik sangat. makin mengada-ngada.

Secara ringkasnya, Ariq :
- Sudah meniarap sepenuhnya & dah mula nak merangkak pun (sebelum ni kan malas). Pantang baring je nak meniarap. Time tidur pun sibok berpusing nak meniarap pastu terdongak-dongak dengan mata pejam sambil merengek2.
- Bila nampak mama je, terus excited siap mendepang tangan mintak angkat. Bila mama buat bodo je tak ambik dia, dia mulala buat drama.
- Bila dukung , tangan dok tergapai-gapai.Tarik tudung la, tarik baju la,
- Berperang setiap kali nak pakaikan pampers and baju dia,  sb dia sibuk nk meniarap.
- Skrg tido memang lasak. Kena hati2 takut terjatuh katil plak nanti.

Tu jer la yg mama ingat, nanti mama update lagi yer...

Tiada ulasan:

klik2