KLIK KLIK

heartbeat.my

Ahad, 27 September 2009

CERITA RAYA KAMI

Hari raya tahun nie ader yg best dan yg tak bestnya.
Yg tak bestnya baju raya mama tak siap, mama hantar kain 5 pasang, tp yg siap 1 jer. itupun hari sabtu petang baru siap.

Yg bestnya sb tahun nie dpt beraya bertiga & puteri dpt kutip duit raya, sb tahun lepas masa raya mama masih dlm pantang lg.
Raya pertama kami beraya di rumah mak mertua spai tgh hari, Petang baru kita org balik kg mama pulak (rumah kakak). nasib baik kg kita org berdua tak jauh (30 minit jer),

so dlm satu hari bleh ulang alik dua2 kg sekali. Kita org pun tak der masalah nak balik kg mana dulu sbnya mama dah tak der mak & ayah. So semua adik beradik mama beraya rumah mak mertua masing2 dulu, ptg raya baru kita org akan berkumpul di rumah kakak.
  tahun nie tema hijau
 

Khamis, 24 September 2009

GAMBAR BUDAK TAK POSA

NIE PUN CERITA YG DAH BASI JUGAK, GAMBAR BUDAK YG TAK POSA,
 
 

LAGI CERITA YG DAH BASI

AKSI PUTERI MAIN LOMPAT GETAH NGAN SEPUPU2NYA.
TEMPAT KEJADIAN : RUMAH KAKAK DI KG.
MASA : LEPAS MAJLIS BERBUKA PUASA BERAMAI2.
 
 
 

HADIAH B.DAY PUTERI

NIE LA HADIAH B'DAY PUTERI, PUNYALA LAMA BARU NAK UP DATE, DLM BULAN POSA MAMA BZ SIKIT NGAN BUSINESS BAJU. SAMPAI X DER MASA NAK UP DATE BLOG KESAYANGAN MAMA NIE.
 ANAK NGAN ABAH YG TAK SABAR NAK MAIN KETA BARU
TAPI BILA DAH SIAP PASANG PUTERI TAK NAK NAIK PUN, BILA LETAK DIA KAT DLM KETA TU TERUS NANGIS. SO KESUDAHANNYA KETA TU TERSADAI KAT DLM STOR. TUNGGU PUTERI BESAR SIKIT BARU BAGI DIA MAIN.

Sabtu, 5 September 2009

RAHSIA BULAN KELAHIRAN PUTERI

06-09-2009 genap ler umur puteri mama setahun, Sempena b.day puteri mama yg pertama nie. Mama saja nak share sikit ttg rahsia bulan kelahiran puteri mama dari Dr Fadzilah Kamsah...

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

Jumaat, 4 September 2009

HADIAH DARI BAIBOO CLUB

Mama dpt hadiah nie dari Baiboo club, hadiah nie ambik kat Guardian Alor Star, Mula dpt tu mcm best jer, Tapi bila sampai umah hubby yg buka kotak tu, tgk2 semua barang kat dlm tu dah tamat tempoh. Buat penat ja pi ambik satu pun tak leh guna, Lain kali kalau nak bagi barang tu bagi la yg leh guna, macam tak ikhlas jer, baik tak yah bagi lansung.
 

SHOPPING RAYA

Orang lain sibuk shopping baju raya, tapi mama sibuk shopping benda kat bawah nie, Bukan selalu dpt leh dpt harga murah. 


Ahad, 23 Ogos 2009

KE KL LAGI 19-08-09 to 21-08-09

Kami ke KL lagi berdua ja bertolak tengah hari rabu, Saya ponteng kerja lg sb nak ngikut hubby ke KL. Hubby ada taklimat tentang H1N1 kat ibu pejabat bulan sabit, malaysia hari Khamis.

Hubby memang aktif dlm bulan sabit nie (katanya kalau tak dpt tolong org dgn duit, tolong ler dgn cara lain) dan inilah cara hubby.
Depan pejabat bulan sabit malaysia kat ampang. (pejabat nie kalau tak silap dulu kem tentera, bangunan kayu lg)
 
Sapa bleh bg tau , apa nama pokok pisang nie, mcm best jer
lepas taklimat ada makan2. time makan2 nie saya ikut serta la, tp time taklimat saya dok kat keta ja.
Juru kamera nie suka benar ambik gambar mama, tak tau kenapa,
So balasannya ambik gambar dia balik
Selesai kat Pejabat Bulan Sabit, Kita org cergas ke Nilai pulak. saja jln2 cuci mata, tapi akhir nya sangkut plak kat kedai nie. Pembelian yg tak dirancang. khas buat puteri mama yg kena tinggal ngan tok dia.
Nie la yg kami beli tp kaler kuning bkn merah sebabnya kaler merah dah abis stok. hubby ckp nie kira hadiah b.day puteri la,

Isnin, 17 Ogos 2009

HADIAH DARI SYANA

HADIAH NIE DPT DARI SYANA http://syanasaid.blogspot.com sbg hadiah jd folowers blog dia yg ke 100.
 
teriam kasih daun keladi...........
nanti2 leh bagi lagi.....................

Isnin, 10 Ogos 2009

Sudah 5 tahun emak tiada disisi

9-08-2009 genaplah 5 tahun arwah mak meninggalkan saya, tapi sampai hari nie saya tak bleh lupakan mak lagi.


Saya anak bongsu tentulah paling rapat ngan mak, bayangkan baru 3 hari saya berkahwin (6-8-2004) mak pulak meninggal dunia, hilang semua kegembiraan saya masa tu.


Perasan masa tu tak tau nak ckp, mcm2 dlm fikiran nie, mak dah tak ada, saya rasa mcm nak batalkan jer majlis kenduri kawin tu, tapi kad kawin dah edar. So kena juga adakan majlis tu pada 28-08-2004.

Sebenarnya mak memang tak sihat dah lama, Tapi sejak arwah ayah meninggal dunia bulan feb, 2004, kesihatan mak makin teruk, 6 bulan kemudian mak pun mengikut jejak ayah.

KINI YG TINGGAL HANYA MEMORI JER........

Jumaat, 7 Ogos 2009

Puteri mama dah 11 bulan 06-08-2009

Selain dari sambutan ulang tahun perkahwinan kami yg ke 5, 6-08-2009 juga merupakan genapnya umur Puteri mama 11 bulan.

1. Sekarang nie jln makin laju. makin lasak, penat nak layan.
2. Suka main cak dgn org.
3. Makin manja dan mengada2.
4. Selalu panggil Abah (bah) mama (ma)
5. Suka tgk iklan kat tv, tak kisah iklan apa janji iklan.
6. Tak leh tgk org makan, dia pun nak makan jugak (kuat makan).
7. Suka sepahkan barang kat dapur. buku @ majalah dia suka koyakkan & makan.
8. Gigi dah 5 batang, 2 kat bawah, 3 kat atas.
 
Gambar time nak keluar makan malam

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 5 - DPT JUS MATE 5

6-8-2009 Khamis adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 5, sekejap jer rasanya masa berlalu, rupa2nya dah 5 tahun kami berkahwin.

Hari khamis tu kita org berdua berpuasa sunat, petangnya berbuka kat luar berdua, puteri tinggal kat rumah mak mertua la (kesian puteri asyik kena tinggal jer) kasi peluang mama ngan abah dating jap.

Lepas makan hubby terus bawa mama pi herba prima kat Jitra, kedah beli hadiah utk mama, yessssss mama dpt hadiah lg....... syoknyaaaaaa

Nak tau apa yg mama dpt jeng jeng..............
 
Ambik kau sekali beli 3 kotak terus, bukan apa nie kes dah tak larat dgr mama bebel yg badan mama makin bertambah sihat skrg nie.....

Tapi mama blum minum lg jus mate5 nie, ingat nak start time bulan posa nie.

Lepas nie sapa2 yg nak beli jus mate5 leh la order ngan mama........ Jgn segan silu plak yer...

Rabu, 5 Ogos 2009

RUMAH SAPA LA NIE

Dua hari berkampung kat Stadium darulaman, Hari Ahad mama cuti, letih sgt rasanya, ingat nak rehat tapi bila tgk rumah dah mcm tongkang pecah, kenalah mama kemas rumah dulu, kira nasib baik gak puteri tak ada so dptlah mama mengemas dgn aman.
 Nie jer balance baju yg tinggal lepas kita org berniaga kat Stadium hari tu
 Cantik tak baju yg mama jual? yg ada gambar spiderman tu sepasang dgn seluar rm18 jer,

HARI PENYAYANG 2009

Hari penyayang mula awal pagi Jumaat, mama tolong geng bulan sabit jaga gerai depa, sbnya depa tak cukup org hari tu, kebanyakkan ahli ada tugas lain. 

 Nie la Gerai bulan sabit, baju tu mama yg punya, mama tumpang jual kat gerai bulan sabit tu.
 
 
 
Cuba teka mama bergambar dgn sapa????????
Nie la Tengku Puteri Intan Shafinas, Anakanda kpd Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah).
Tengku Puteri nie adalah penaung Yayasan Sultanah Bahiyah Dan Juga Bulan Sabit Kedah.
Bangga nya mama dpt ambik gambar ngan Tengku Puteri.

Isnin, 3 Ogos 2009

PERSIAPAN HARI PENYAYANG

Hari jumaat 31 Julai dan Sabtu 1 Ogos ada karnival hari penyayang anjuran YAYASAN SULTANAH BAHIYAH di kawasan stadium darulaman. Hubby terlibat sbg urusetia program tu (bahagian pertolongan cemas).
Persatuan Bulan Sabit hubby jg ada ambik bahagian dlm pameran. So hari Khamis petang geng2 hubby pun sibuk la dok hias gerai depa, mama pun ikut sama pi dok menyibuk kat sana dari petang sampai malam.  
 
 

Ahad, 2 Ogos 2009

WALKER OH WALKER

Sejak awal bulan julai lg puteri dah mula berjalan (umur 10 bulan). Jd mama ambik keputusan utk simpan jer walker puteri tu. (lebih baik simpan dr dok menyemak jer kan). Tgk la aksi puteri time mama nak simpan walker dia, time tu la dia sibuk nak main. tak pa kasi peluang dia main jap. lepas nie dah x leh main ngan walker tu dah.

Bukan mama yg letak puteri kat dlm tu, dia yg masuk sendiri tau
Aksi bersuka ria
Kayuh jgn x kayuh
 
 
Mama mcm mana nak keluar nie................ tolong
Muka budak dah puas bermain.
 

MAKAN2 SEMPENA B.DAY MAMA

Sempena b.day mama malam 28-07-2009 tu hubby belanja makan kat restoren nelayan, k.kedah. Makan dgn family abah jer, tak der majlis besar2 pun. Gambar pun tak sempat ambik sb dah lapar sgt.

klik2