KLIK KLIK

heartbeat.my

Isnin, 3 Disember 2012

TUKAR TADIKA PUTERI

entry klau x der gambaq x best

Hohohoho...... Puteri sudah banyak berubah. Sejak sekolah ni, macam2 benda dia dapat. Dah lama sya tak ceritakan kisah puteri sya nan seorang nie. Memang semakin bijak si Puteri sekarang. (harus puji anak sendiri).

Alhamdulillah.. Selesai sudah sesi persekolahan untuk tahun ini.  Maknanya Puteri pun dah berjaya menamatkan sesi tadikanya untuk umur 4 tahun.  Sepanjang dia ke tadika ini banyak benda yang dia sudah tahu.  Sudah kenal huruf, nombor & colouring.  Yang lain terlalu awal untuk sya menilainya.  Perjalanan Puteri masih jauh.  Apa yang sya harapkan semoga dia sentiasa diterangkan hatinya dalam belajar.  Peringkat permulaan itulah yang terbaik buatnya.  Biar dia lalui zaman kanak-kanaknya dulu.  Jangan terlampau stress.  Bila masa untuk dia betul-betul belajar barulah fokus.

Tahun depan insyaallah Puteri akan ke tadika yg lain, Kita org tukarkan tadika bukan sb tadika skrg tak bagus. Tp kami tukarkan ke tadika cina sepenuhnya, tadika lama pun ader ajar bahasa cina, tp bila semua pelajarnya melayu jd penggunaan bahasa cina kurang sikit. Lg pun kami memang nk masukkan Puteri ke Sekolah Cina nanti,

Tadika nie pun berdekatan dengan area tempat keja Hubby.  So tak ada hal kalau dia sekolah di sini.  Semoga dipermudahkan untuknya.

Minggu lepas kita org bawak Puteri pi tadika tue.  Nak tanyalah macam mana nak daftar untuk tahun depan.  Semuanya sudah settle.  

So sbg permulaan utk biasakan Puteri di Tadika baru, Puteri dah pun kami hantaq ke tadika tu bermula 1 Dec, 2012. Kita org nk tgk Puteri sesuai x dok sana nanti. Klau ok baru kami byr yuran tahunannya, skrg sya cuma byr yuran bulanan jer rm350.00, Yuran tahunan utk tadika nie bleh tahan mahalnya RM1+++ fuhhhh yuran tadika dah mcm yuran nk masuk U jer... tp harap apa yg puteri belajar kat sini akan berbaloi dgn harga yg kami dibayar.


Memang ada jugak orang yang akan bercakap nanti macam mana nak ajar anak bahasa cina sedangkan kita pun tak tahu.  sya tolak ketepi jer apa yang orang cakap.  Fikir yang positif jer.  Kalau kita dok pikir yang negatif, negatiflah jadinya.

4 ulasan:

Lia berkata...

harap puteri yg comel ni sesuai dgn tadika barunya ye.. takpe abaikan apa yg org ckp coz lia pun hantar anak ke tadika cina even lia tak blh ckp cina. tp Alhamdulillah teknologi canggih kan skrg kita still blh tlg anak kita buat homework dlm bahasa cina.. :)

syariza09 berkata...

dh lama tak singgah cni, dh ada baby yer.. :)

NM03 berkata...

menjadi2 harga yuran skang ni ek

ieza ashaari berkata...

sekolah cina mmg mahal skit.. sbb tue dorg pandai2 sbb bg dorg berbaloi..

teringin juga nk hntr anak ke sekolah cina satu hari nanti.. amin..

klik2