Hari kedua di bumi Thailand
Bangun awal jam 7pg, padahal sya tidur lewat semlm, .tapi boleh pulak bangun awal.maybe sebab mood bercuti so kena lah ikut jadual yang ditetapkan.pukul 8pagi semua kena berkumpul di lobi untuk sarapan, sebelum pusing2 Phuket.
myhubby posing dulu, sblum turun sarapan..
time nie sya dah rasa x sedap badan,
hubby yg tolong ambikkan makanan, sya pegang kamera ajer...yg hujung tu la pemandu pelancong kami, (member hubby)
Singgah area Patong Beach, berhenti kejap jer kat sini, sb ada ahli rombongan nak cari ATM
GEMS GALLERY PHUKET
Destinasi pertama kami GEMS GALLERY PHUKET (Kilang membuat batu permata terbesar),Thailand memang terkenal dengan industri batu permata..yang paling besar di Chantaburi, Bangkok. sampai2 jer kami disambut dengan senyuman oleh awek awek thailand yang bertugas di entrance..Cantik pulak diorang berbaju kebaya..Orang thailand memang murah dengan senyuman kan.
Sebelum masuk ke dlm gallery haruslah bergambar dulu
KILANG MEMBUAT T-SHIRT (PRINTING)Menurut member hubby t-shirt kat Patong Beach adalah mahal. so better beli di kilang buat t-shirt terus..yang penting kualitinya bagus. sya memang nak beli jugak beberapa helai t-shirt nak bawak balik as souvenir.
kat sini byk Bath melayang.... hu hu hu
AKOYA PEARL MOOK PHUKET FARM
Ini ialah persinggahan terakhir kami untuk sessi pagi ini..
Tempat jualan wajib ada..dan seperti biasa kita org akan meneliti dan melihat mutiara di sini.. sya akui memang sangat cantik mutiara mutiara yang dijual..
Selesai jer mkn tgh hari, kita org dibawa ke Organic Honey Shop plak.
Madu2 yg dijual di tempat ni agak murah harganya berbanding yg dijual di Malaysia. Tapi kitorang tak beli pun. Kitorang diberi penerangan mcm mana madu dihasilkan & diberi peluang utk merasa madu asli penerangan semuanya dlm bahasa malaysia. di sini sya cuma beli minuman & ais cream perisa madu jer....Perhentian kami yang seterusnya ialah Kilang membuat dan menjual gajus.. Pemandu pelancong dah pesan nanti masuk tempat jualan, makan gajus banyak banyak sebab ada gajus untuk rasa di sediakan secara percuma..ini sudah bagus..heheee. Kat sini juga diberi minum jus gajus percuma.
Nie mesin lama yang di guna pakai untuk membuka bijik gajus..mesin manual tu eksyen jer..sebab sekarang dah pakai mesin yang besar.Lupa pulak nak snap mesin besar tu. Yang menariknya kat sini mcm2 perisa ada untuk Gajus..ada perisa tomyam, butter, garlic, gajus bersalut madu, gajus bersalut cokelat, gajus bersalut wasabi dan mcm2 lagi lah..
Dah rasa byk2 rasa bersalah la pulak kalau tak beli.. so beli lah jugak sepeket dua. tapi agak mahal la. maybe sebab nak cover kos yang depa duk bagi pelancong makan secara percuma kan..
Masa otw nak ke KINNAREE ELEPHANT TREKKING ternampak The Big Buddha kat atas bukit.
Tp cerita tentang tu sya buat next entry la, sb sya rasa entry nie dah terlebih panjang dah....
2 ulasan:
sy ni nama je dok kedah, thailand tu penah masuk kt padang besar ja.hhehhehe..malu eehh
bestnye la dpt g jln2 ke thailand..saya ni dh beranak 2 pun still lum dpt jln2 ke sane..esp krabi yg diorg kata best tu..huhuhu
Catat Ulasan