Tibalah masa untuk sya update cerita perihal majlis pernikahan adik iparku (adik lelaki hubby).. Agak sedikit lambat sya update cerita kahwin ni coz nak habiskan cerita Phuket & Krabi.
Tanggal 16-12-2011 merupakan hari dimana adik iparku selamat menjadi suami orang. Majlis akad nikah diadakan di masjid berhampiran rumah pengantin perempuan di Pendang. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan kami. Majlis diadakan selepas solat asar.
Oklah, kita tengok gambar-gambar di majlis pernikahan adik iparku.....
Oklah, kita tengok gambar-gambar di majlis pernikahan adik iparku.....
Cik Hubby tgh sibuk siapkan pengantin lelaki
mas kahwin & cincin
Selesai majlis akad nikah di masjid, kita org ke rumah pengantin perempuan plak, masa kat umah pengantin perempuan baru la acara tukar2 cincin diadakan.
Tahniah Harris & Nurul, Semoga ikatan yang terbina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahkan dengan Rahmahnya selalu. Hiasilah rumahtangga kalian dengan sabar dan bertolak-ansur. InsyaAllah, semoga Allah melindungi rumahtangga ini.
To Nurul welcome to our family
To Mak & Ayah mertuaku, selamat menerima menantu baru...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan