KLIK KLIK

heartbeat.my

Rabu, 25 Ogos 2010

'DUIT RAYA' RM500 UTK KAKITANGAN AWAM, PESARA

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
 
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
 
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA
 
P/S : Abg nanti bleh beli baju syg ngan puteri sepasang 2 lg yer..... he he he.

Sabtu, 21 Ogos 2010

PESANAN DARI IMAN AL GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling BERAT didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Selasa, 17 Ogos 2010

JORDAN RIVER KURMA YAHUDI


Baru2 nie hubby ada terima satu email dari kawan dia, isi kandungan email tersebut tentang buah kurma

Berhati-hati........bila kita membeli Kurma jgn terbeli kurma dari Yahudi ..
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah  terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam  oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

 PLEZ FOWARD...

Isnin, 9 Ogos 2010

PULAU PAYAR MARINE PARK YG BEST

Sempena sambutan ulang tahun perkahwinan kami yg ke 6 kami ke PULAU PAYAR, (sebenarnya secara kebetulan sj)

Hubby ada urusan kerja kat sana, so apa lg saya pastinya menjd pengikut setia, he he he (sambil menyelam minum air).

Kita org bertolak ke Pulau Payar dlm kul 6 ptg hari Jumaat dgn bot jabatan.

Dua sejoli (nie honeymoon yg keberapa kalipun x tau)
nanti bila Puteri besar, dah bleh baca blog mama, mesti puteri bising punya sb dia asyik kena tinggal jer
wajah pujaan hatiku,
tlg tgk baik2 tau, klau jumpa mamat nie kat luar jgan  ngorat plak, (dah berpunya)

nie semua kawan2 hubby
Masa sampai sana hari dah mlm, so tak dpt la nak tgk pemandangan pulau tu
(dlm hati tak sabar2 nak tunggu siang)

Waktu mlm kat sini sunyi, sb pelancong tak dibenarkan bermlm kat sini.
Nie muka baru bangun tidoq,
bangun pagi terus pi jeti nak tgk ikan,
gambar tak clear sgt, biasa la guna camera murah,
tp memang pemandangan kat sana cukup cantik.
anak ikan yu pun ada tau, dok main2 kat tp pantai jer.
lepas sarapan terus ikut member hubby pi menyelam,
dia org la yg menyelam, kami laki bini dok la tunggu kat dlm bot aja.
tp tak semua yg ikut pun,
ada member hubby yg stay kat Pulau utk siapkan kerja dia org.
nie ler rupa Pulau Payar dari jauh, tak besar manapun.
semangat tul dia org nie nak menyelam,
tp lepas habis menyelam siap muntah2 lg sb mabuk,

selesai xtvt kat laut, kita org balik ke pulau,
Terkejut saya sb kawasan pulau dah penuh ngan pelancong,
pada hal td masa kita org pi menyelam, Kaw. pulau tu sunyi lg.
Kalau tak silap saya Pelancong hanya boleh dtg dari pukul 10 pg sampai kul 3 ptg aja. dan tak di benarkan bermlm kat sana yer tuan2.
tgk ramai kan........
tgk betapa byk nya ikan2 tu,
sampa ke tepi pantai pun ada ikan tau....
cik hubby sempat temankan saya mandi laut kejap aja,
sb dia nak selesaikan keja dia,
so tinggal la sya sorang2 kat sana,
syok gila...
mcm tak percaya plak ada tempat cantik mcm nie kat area Kedah nie.
Kita org bertolak balik dlm kul 3 ptg,

Kalau ada peluang nak pi lg nie...

JAMUAN SEBELUM PUASA

Minggu lepas kita org niat nak bawa Puteri ke Carnival utk mandi manda kasi dia seronok sikit, sb selalu kena tinggal ngan Tok ajer.

Tp lain yg jd, mak hubby call ajak pi kenduri kat umah saudara dia, so rancangan awal nak mandi manda, terpaksa la ditunda lg, (mak mertua ajak harus la pergi kan) Kesian anak mama, tak dpt mandi kolam lg,
Sakan dia makan satay kat umah kenduri tu,
Perut dah kenyang, apa lg sibuk la dia nak meronda,
yg teruknya mama la nak kejar dia sana sini.
Letih tuuuuu
Dah penat rehat jap.

Khamis, 5 Ogos 2010

06/08/2010 ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 6

Syukur ke hadrat ilahi esok hari Jumaat penghulu segala hari secara rasminya usia perkahwinan kami (Aishah & Azrul Hafiz)  sudah pun menjejakkan kaki ke angka 6 Tahun.

Tahniah buat kami berdua :) rasa macam baru semalam di Ijab kabulkan.


Terima kasih Abang kerana membahagiakan hidup sayang, tidak pernah  sekalipun rasa diri di abaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya permata hati dalam hidup kita yg  menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita.

Semoga  masjid yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Mudahan Allah memberkati kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin

Rabu, 4 Ogos 2010

AIR KICK KICKAPOO TIDAK HALAL

Td jln2 tgk blog terjumpa satu entry tentang air KICK KICKAPOO yg dikatakan tidak halal

Terus terpaku!!!

Sebenarnya sya ada jugak minum air nie dulu, tp bila terbaca entry nie betul2 buat saya terkejut

Betul2 buat hati tersentap...  Sakit hati!! Rasa Tertipu & Ditipu!!

"Sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK !

Nama syarikat itu adalah Monarch Baverage.

Untuk bukti lebih lanjut, layari:
http://www.monarch-beverage.com/
http://www.kickapoojoy.com/
Tolong sebar2kan kepada semua.
Tolong berhenti membelinya...

klik2