KLIK KLIK

heartbeat.my

Rabu, 28 Julai 2010

HARI NIE B.DAY SAYA + Nokia 5800 XpressMusic

Hari 28 julai, b.day sya,
tp dak der sambutan pun, cuma tengah hari td sya belanja budak2 opis mkn MC D jer,

Belum sempat mkn ber2 ngan Hubby lg,  sbnya pg td dia ke KL ada urusan kerja sikit,

Walaupun dia tak der hari nie tp hadiah awal2 lg dia dah bg kat sya.

tq le abg sb walau sibuk mcm manapun abg tetap ingat b.day sya, he he

Kononnyer beli nie utk hadiah b.day sya, tp kenapa dua?
Alasan hubby nak guna h.fon yg sama model.

Isnin, 26 Julai 2010

AKHIRNYA PUTERI MAMA DAH TAK ISAP PUTING LAGI

Sebelum nie mcm2 cara dah kita org guna supaya Puteri tak mau isap puting kosong lagi, tp semua cara tu tak berjaya.

Tok puteri (mak hubby) pernah letakkan kopi kat puting tu, tp puteri cekap dia pi cuci puting dia kat bilik air. baru dia isap puting tu balik.

Baru2 nie saya siap gunting puting yg puteri suka stg isap tu, tp tak menjadi jugak, walaupun puting tu dah tinggal separuh dia tetap isap jugak. saya selalu cakap puting tu buruk tak cantik, tp mungkin masa tu dia tak berapa faham lagi makna buruk tu, sb tu kadang2 dia akan panggil puting dia buruk.

Puteri : ma buyuk na ma (mama buruk mana mana)
nie la rupa puting puteri yg saya dah potong tu, tp misi tak berjaya.
dia tetap isap puting buruk tu, walaupun tinggal separuh.
Sampai skrg saya masih simpan puting nie, buat kenangan

Dan yg terbaru awal bulan Julai, kita org berdua ke Johor, so puteri kena la dok ngan tok dia, Masa dok tidoq kat umah tok dia, Adik hubby yg bongsu suka usik puteri, setiap kali puteri pegang puting nak isap, Pak cik puteri akan ckp yg puting tu Kotoq (kotor) ada taik. Dan secara automatik dia terus baling (buang) puting dia & siap buat gaya geli, kononya puting tu memang kotoq la. mcm faham jer puteri nie apa yg pak cik dia ckp. he he he he....

dan sejak tu dia dah tak isap puting lagi, Mama bersyukur sgt sb skrg dia dah boleh lupakan puting kosong dia tu, dah tak minta2 mcm dulu lg. Walau pun pada mulanya sedikit terkejut, ya la baru tinggal 3 hari kat umah tok, dah boleh berubah mcm tu. pada hal sebelum nie susah betul nak berenggang dgn puting dia.

P/s : tahniah pak cik (adik hubby) sb berjaya buat anak saudara hang nie tak isap puting dah. idea hang kdg2 boleh guna jugak.
Tiba2 rasa sayu jer bila tgk gambar2 nie,
rasa mcm kejam plak pisahkan puteri ngan puting dia

mama jgn ambik puting puteri tau



Sabtu, 24 Julai 2010

BAIK BURUK ANAK HISAP PUTING (PACIFIER).

(Puteri Eryna Batrisya)
Orang Malaysia panggil puting kosong dan di dalam bahasa inggeris ia dipanggil "pacifier" atau "soother".

Puting kosong ini menjadi pilihan ibu dan bapa untuk menenangkan anak yang sedang menangis. Bayi yang sedang menangis akan segera berhenti menangis sekiranya diberikan puting kosong ini kerana "sucking reflex" atau "rooting reflex" iaitu refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.

Ada kajian juga menunjukkan bahawa SIDS atau Sindrom Kematian Bayi Mengejut dapat dielakkan apabila bayi diberi puting kosong ini kerana bayi yang tidur dengan puting kosong ini tidak boleh tidur terlalu lena kerana dihalang oleh refleks menghisap susu itu tadi. Ini menghalang daripada bayi berhenti bernafas seperti yang berlaku pada penghidap SIDS.

Ada juga pakar berpendapat, adalah lebih baik apabila bayi menghisap puting kosong daripada ibu jari mereka sendiri kerana habit menghisap ibu jari lebih susah dibuang daripada puting kosong.

Tetapi puting kosong ini sepatutnya diberhentikan apabila bayi sudah semakin besar. Ada yang berpendapat 6 bulan, ada 9 bulan dan ada yang setahun. Berapa pun umurnya puting kosong ini harus diberhentikan apabila gigi susu mula tumbuh.

Pengalaman saya di klinik ialah Ibu bapa kebanyakannya tidak mahu memberhentikan puting kosong kerana alasan anak pasti akan menangis. Sehinggakan ada yang menghisap puting kosong sehingga berumur 4 tahun! Ketika ini, amat susah untuk membuang habit menghisap puting kosong ini kerana sudah terbiasa. Apa bezanya menghisap puting kosong sahaja berbanding botol susu yang berputing? Ya, secara psikologinya, menghisap dengan botol susu berputing, mereka akan berhenti menghisap apabila susu di dalam botol telah pun habis. Tetapi menghisap puting kosong, mereka akan terus menyonyot kerana "susu" nya tak habis-habis... Yang akan merugikan anak-anak ini ialah oleh kerana terlalu menghisap puting kosong ini, susunan gusi atas akan lari dan menyebabkan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata.

Pertumbuhan gigi ini ada yang terlalu ke depan yang kita istilahkan sebagai "jongang" atau "overbite". "Kejongangan" (betul ke istilah ni?) akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk menyusahkannya untuk mengunyah makanan jika terlalu teruk.

Anak-anak apabila dewasa terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat "braces" atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang.

Ada banyak petua untuk memberhentikan anak-anak daripada menghisap puting kosong ini. Diantaranya ialah dengan memotong sedikit puting kosong itu. Anak akan merasa aneh dan akan berhentikan menggunakannya di dalam masa seminggu. Ada yang menadangkan agar diletakkan sedikit ubat pahit di puting kosong. Dan yang paling mudah ialah membuang semua puting kosong yang ada terus ke dalam tong sampah. Mudah kan? Petikan dari Blog Dr.Azwan http://drazwan.blogspot.com/

Jumaat, 16 Julai 2010

PUTERI DI MENARA ALOR SETAR 10-7-10

Nie kes tak tau nak pi mana la nie,
tp kepala otak  + kaki dok ingat nak berjln jer,
jd nya ptg sabtu lepas bawa la tuan puteri pi main kat area menara alor staq.

Jgn plak ada yg boring tgk gambar2 kat sini, sbnya blog nie memang buat khas utk simpan gambar2 kenangan kami,
nanti bila dah tua2 bleh tgk balik..... he he he sampai ke situ dah pala otak nie fikir

lagi satu tuan punya blog nie tak pandai nak berceloteh........ tu yg gambar jer byk , tp keterangan kurang.

nie la rupa menara alor setar, tak tinggi mana pun
budak nie makin susah nak bergambar skrg nie


apa yg dia tgk pun tak tau la


kalau suruh senyum nie la yg jd
siap pejam2 mata lg
Gambar kat bwh nie hubby yg ambik.
katanya nanti Ayang ltak kat blog tau.
gambar bdak tua naik buaian

Khamis, 15 Julai 2010

ALAMAK HARGA MINYAK NAIK LAGI

Tadi tgk berita kat TV harga minyak akan naik lagi....
Walaupun naik sikit jer, tp kesannya tetap akan terasa juga .......

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)

* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)

* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00

Isnin, 12 Julai 2010

INFO SIHAT : AIR DLM BOTOL PLASTIK, JGN SIMPAN DLM KERETA

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama. Hal ini telah di identifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia …

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita anda. Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Untuk peringatan diri sendiri dan semua pembaca blog.

Sabtu, 10 Julai 2010

JOHOR & SINGAPURA

Minggu lepas ikut hubby ke Johor bahru, (puteri kena tinggal) Hubby ada keja nak buat kat sana,
Kononnya keja tu sat aja, so lepas selesai keja bleh la masuk Singapura jln2,
Tp lain yg di rancang lain yg jadi, meeting tu sampai ke ptg la pulak,
Mama nie dah boring gila dok kat bilik hotel area Danga Bay nie.
Nak keluar tak tau nak pi mana, sb sorang2 tak dak geng, dah la hujan lebat,

gambar pun ambik dr dlm bilik hotel jer.


Petang baru bleh masuk S.pore, kita org masuk dlm 8 org termasuk kwn hubby & bdak2 keja dia,
Masuk sana dgn keta, parking kat area Bugis, pastu jln2 naik Tren.
Gambar tak byk sb tak da mood nak bergambar dah,
dah la mama sorang jer perempuan.




Kesimpulannya memang tak best,
Tp hubby janji nanti dia nak bw ke sana lagi,
Kali nie btul2 pi bercuti.
Ole-ole utk bdk2 opis

Jumaat, 9 Julai 2010

DIA BUAT LAGI (AKSI 18SG)

(Hari tu dok bawah meja, tp kali nie dok atas meja plak,
dah kecut perut mama tgk, bukan apa takut jatuh, sat gi sapa yg susah,
dah dekat nak terkeluar anak tekak mama nie menjerit2 suroh dia turun, tp dia buat tak tau ja



siap pegang remote dvd lagi konon2 nak tgk upin ipin la tu...
agaknya dah malas dgr mama bebel,
tu yg dia turun tu.
tak bleh jd nie, mama rasa nak simpan dulu ler meja nie, takut plak apa2 jd nanti,
nyesal tak sudah mama.

Ahad, 4 Julai 2010

AKHIRNYA INI YG TERJADI

Kan mama dah ckp hari tu, mesti kejap ajer puteri nak dok kat meja tulis dia tu.... (cepat boring)
Cuba tgk apa yg dia buat ngan meja dia
Siap senyum lagi tu,
mama bagi pensil warna & kertas dia tak mau tulis, kat kaki meja jugak yg dia nak conteng, dah ler kaki meja tu warna putih. ...... ADUHHHHHHHHHH sungguh menguji kesabaran mama nie

klik2