KLIK KLIK

heartbeat.my

Selasa, 6 Ogos 2013

06-08-2013 SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-9

Alhamdulillah, 9 tahun sudah hari ini.
Melihat anak-anak yang semakin membesar.. menambah lagi rasa syukur kepada Allah.

Saya dan dia saling mencukupi kelebihan dan kekurangan diri

Saya dan dia saling menerima, memahami dan menyintai apa yg ada antara kami.

Apa yg kami ada selepas 9 tahun?
Saya ada dia
Dia ada saya
Kami ada Puteri Eryna Batrisya
Kami ada Putera Ariq Hazim

Menyerikan lagi ikatan dua hati ini.
Ya Allah, jika ada rezeki dilangit. Turunkanlah kepada kami sekeluarga
Jauhi keluarga kami dari syaitan yang mahu membinasakan gedung pahala kami.

Doakan keluarga kami ini bahagia hingga syurga dan jodoh kami sehingga akhir hayat. 

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suamiku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,

Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia,

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Tiada ulasan:

klik2