KLIK KLIK

heartbeat.my

Sabtu, 12 Julai 2014

TRANS STUDIO BANDUNG TRIP DAY 4 & 5 (23 -24 JUNE, 2014)

Hari keempat (23 June, 2014) kami ke TRANS STUDIO BANDUNG. 

Tp seblum spai Trans Studio kami singgah kat satu kedai jual perfume, kedai tu x jauh dr Trans Studio
Kat sini kita bleh pilih wangian apa yg kita nak, nanti pekerja kedai akan campurkan bahan wangian utk kita. sebut ja nk wangian apa semua ada, memang terbaik la kedai tu.
Muka kanak2 riang dpt beli perfume murah ...
Sebelum masuk dlm Trans Studio meh la kita bergambar dulu :)

Trans Studio nie lebih kurang mcm Genting Highland jugak, tp klau ikut kan saiz rasanya besar lg Genting Highland
Klau ada rezeki nanti insyaallah nk bawa anak2 dtg sini. mesti dia org best klau dpt main & tgk persembahan kat sini.. :(
tiba2 rasa sedih bila teringatkan dia org kena tinggal ...
Kami x lama sgt kat Trans Studio tu sb nk ke Cibaduyut plak. lg pun rasanya Trans Studio nie sesuai utk family yg dtg dgn anak2. 

Cibaduyut ni tempat barangan kulit yang original macam kasut, beg, jaket kulit dll. Harga pun boleh tahan, tak mahal sangat. janji kita pandai tawar hrg.

Habis ja shopping kat situ, kami terus gerak ke Toko Tiga.. untuk pengetahuan semua Toko Tiga ni memang terkenal dengan seluar jeans.. kat sini la syurga seluar jeans yang terkenal kat Bandung selain di Jalan Cihampelas.. tapi kami tak beli apa2 pun kat Toko Tiga.. 

Sebelum balik hotel mlm tu pak supir bawa kami mkn kat 1 gerai nie. klau tgk gerai tu mcm x dak apa yg istimewa pun. tp bila kita org rasa masakan kat situ memang sedap sgt. harga pun berbaloi2...
Perut dah kenyang. jom la kita balik hotel kemas beg, sb esk dah nk balik.....
bye2 bandung
kat atas tu sebahagian brg yg kami shopping kat bandung, sikit jer kan :)

TAMAT

1 ulasan:

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

klik2