KLIK KLIK

heartbeat.my

Rabu, 7 Ogos 2013

PERSIAPAN RAYA KAMI

Alhamdulillah tahun ini dapat lagi bertemu dengan syawal. Kali ni raya berempat pulak. Syukur dengan kurniaan ini. Tahun lepas, nak cari baju kurung susah sikit sebab pregnant..

Persiapan raya tahun ni byk abis kt anak2 ja. Baju bebudak ni memang byk. Untuk sya & suami cuma ada sepasang jer baju baru utk pakai raya pertama, :( ...  bukan x nk beli tp x sempat nk beli...tgk la mlm nie klau sempat ingat nk shopping utk suami & sya plak. anak2 dok diam2 kat umah mak tok ... 
 sebahagian baju raya puteri. 
 tudung raya puteri , sibuk dia nk tudung raya cantik mcm tudung mama 
 sebahagian baju raya ariq.
kasut raya anak2

Tema tahun ni utk raya pertama kami pkai warna kuning... Bukan kami 1 family jer yg pakai kaler kuning. Tp Mak mertua, pak mertua & adik ipar pun pakai kuning gak.  Terpaksa pakai kuning sb kami yg beli kan kaler kuning.

Walaupun baju raya kami suami isteri sepasang jer, tp ada benda lain yg kami dapat, Cik Hubby tukar rim & tayar keta alza, sya dpt keta Honda Jazz Hybird.... Raya Tahun nie bleh la ronda2 ngan keta baru... 
 rim & tayar kereta raya cik hubby 
kereta raya kami

Selasa, 6 Ogos 2013

06-08-2013 SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-9

Alhamdulillah, 9 tahun sudah hari ini.
Melihat anak-anak yang semakin membesar.. menambah lagi rasa syukur kepada Allah.

Saya dan dia saling mencukupi kelebihan dan kekurangan diri

Saya dan dia saling menerima, memahami dan menyintai apa yg ada antara kami.

Apa yg kami ada selepas 9 tahun?
Saya ada dia
Dia ada saya
Kami ada Puteri Eryna Batrisya
Kami ada Putera Ariq Hazim

Menyerikan lagi ikatan dua hati ini.
Ya Allah, jika ada rezeki dilangit. Turunkanlah kepada kami sekeluarga
Jauhi keluarga kami dari syaitan yang mahu membinasakan gedung pahala kami.

Doakan keluarga kami ini bahagia hingga syurga dan jodoh kami sehingga akhir hayat. 

Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suamiku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini ke atas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,

Jadikanlah kami suami dan isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia,

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Isnin, 5 Ogos 2013

DAPAT HADIAH HONDA JAZZ HYBRID DIHARI LAHIR

Assalammualaikum... 

Walaupun hari lahir sya dah lepas beberapa hari yg lalu (28-07-2013) tp rasanya masih belum terlambat kalau sya nak ucapkan selamat hari lahir untuk diri sya sendiri... 

Syukur Alhamdulillah, Allah telah memberi sya kesempatan melihat dunia ini sehingga kini.... Semoga dipanjangkan umur. Semoga dimurahkan rezeki untuk anak-anak khasnya.. Semoga bertambah kebahagiaan dalam keluarga dan kekal sehingga ke syurga..

Terima kasih buat myhubby sb hadiahkan sesuatu yg istimewa... wlaupun hnya tlg bayarkan deposit tp bg sya tetap bersyukur...



Khamis, 1 Ogos 2013

KALAU TAK BEREBUT X SAH

Ariq nie x padan dgn kecik suka sgt berebut brg dgn kakak puteri. dah la kakak puteri tu manja + ngada2 lebih, sikit2 nk nangis. mama memang x bleh tahan dengar kakak nangis, suara dia rasanya 1 taman bleh dengar, dah mcm kena dera, pada hal berebut brg jer pun....

Dua2 sama x mau mengalah, klau time abah ada lg best, abah mesti akan ambik brg yg dia org rebut tu simpan, senang hati dua2 x dpt main.....
 tgk muka kakak yg x mau mengalah, adik pun bleh tahan gak

klik2