KLIK KLIK

heartbeat.my

Khamis, 13 Jun 2013

PUTERA ARIQ HAZIM DAH 9BULAN

Cepatnya masa berlalu.. putera mama dah  masuk 9 bulan... entry masa 8bulan mama x sempat buat. (mama kan sibuk memanjang)

Ariq nie terlebih manja dengan mama... asik nak berkepit jer. Mama tak boleh keje lain dah tau !!! tp klau x nampak bayang mama dia ok jer. sajerkan nk kenakan mama....

Masa umur Ariq 6 bulan, dia dah boleh berdiri dengan sokongan. Berpegang pada sofa / kerusi/  meja kopi.  Skrg ni, dah berani bertatih meniti 2-3 langkah. Kadang-kadang berani buat aksi melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan utk beberapa saat. Walaupun masih tak stabil lagi, terhuyung hayang juga. Mama lak yang gayat okehhh!!

Boleh duduk dengan stabil
Boleh mengangkat badan sendiri dengan sedikit sokongan. Semasa baring, kalau mama nak bangunkan dia, just pegang jari je. Dia akan angkat badan sendiri sampai terus berdiri.

Dah pandai cium mama. Masa dukung, kadang-kadang Ariq terus cium pipi mama. Alahaiiii sejuknya hati mama. Mesti sebab selalu tengok mama cium pipi dia kan. Budak-budak ni kan akan mengikut apa yang kita buat kan. So, rajin-rajin lah cium anak ye hehe....

Dah mula memunggah barang. Tempat yang paling suka adalah dapur. Cepat je ke dapur kalau naik walker dia tu.

Kuat makan budak kecik ni. Seronok sgt suap dia.

Sangat lasak ketika tidur. Terpaksa la kita org tidur bawah. Sebab katil kami agak tinggi sebab tilam tebal. Bahaya oooo kalau jatuh. Mau benjol kepala tu. 
 Pandai bergurau dah...suka main cak-cak dgn kakak puteri. Comelll sgt.


Huuurrmmmm apa lagi ye...ingat je yang mama ingat setakat ni. Seronok sangat tengok perkembangan anak depan mata. Rasa macam nak menghadap dia 24 jam je. hahaha...tapi kalau tang mengamuk dan meragam tu, kita pun stress gak kan...hehehe.

Mama doakan Ariq sentiasa sihat dan membesar dengan jayanya aminnn. 

Tiada ulasan:

klik2