KLIK KLIK

heartbeat.my

Isnin, 30 Julai 2012

28-07-2012 HARI LAHIR SAYA

Alhamdulillah..Sampai saat ini DIA masih beri sya nikmat utk hidup di dunia yg sya tahu hanya sementara..

Saya sgt gembira..Nk tahu knpa??
Sb 28-07-2012 adalah hari lahir sya ....

Semoga segala yg sya impikan akan jadi kenyataan dan segala doa yg dipohon dimakbulkan olehNYA..

Nak tahu apa yg sya dpt sbg hadiah hari lahir tahun nie......
Jgn salah sangka yer, sya cuma dpt yg kotak kecik tu jer... yg kotak besar hubby yg punya :)...
Kecik pun x pa la, janji dapat... Tq abg sb bersusah payah hadiahkan kan syg h/phone baru :).

x ada sambutan pun utk b.day sya kali nie.. cuma beli kek sepotong ja... tu pun Puteri sorang jer yg mkn..

Rabu, 25 Julai 2012

KE CAMERON HIGHLAND LAGI

Lepas selesai beli barang baby kat MYDEAR WAREHOUSE SALE kami tak terus balik Kedah, tp kami terus mendaki ke Cameron Highland plak. Sb nk penuhkan impian sya yg nk sangat mkn wafer & ice cream strawberry kat sana... :).. (alasan mesti kukuh)

Sampai kat area Brinchang dlm kul 7.00 gak, time tu baru kalut nk cari hotel, kebyakkan hotel time tu dah penuh.. So kami x memilih sgt asal ada kosong terus check in.. lg pun nk tidoq kejap jer.

Mlm kita org jln2 kat Pasar Mlm Brinchang.. 
Awal2 lg abah dah kena pau dgn Puteri...
nasib baik murah patung tu RM10 jer 1pcs
Lepas beli patung utk puteri kita org beli fridge magnet plak. 5pcs RM10 Shj :)
Dtg pasar mlm nie klau tak beli sotong @ udang goreng tepung memang x sah la kan..
Mlm tu kita org tapau makanan dari pasar mlm jer, makan kat bilik. sb rasanya lg selesa mkn kat bilik lg pun budak kecik nie dah ngantok nk tidoq.. klau mkn kat restoren takut dia buat drama plak nanti..
Esoknya dlm kul 9pg kita org dah check out dari hotel... tempat pertama yg kita org tuju mestilah ke tanah rata sb nk sarapan pg kat sana.
Tempat kedua Bharat Tea Plantation
Sb utama ke sini sb teringin nk mkn kek nie la
Tempat ke ketiga kami ke Big Red Strawberry Farm 
Antara menu yg ada kat sini
Teringin nk makan yg kat bawah nie & syukur semua yg sya teringin nk makan dah tertunai.
tq to myhubby :). lepas nie bleh la sya tidoq dgn tenang, klau tak asyik termimpi2 ja...
Lepas kenyang mkn kat sini kita org terus ke satu pasar nie (lupa nama tempat sebenarnya) utk beli buah tangan sikit & terus balik ke Alor Staq, x singgah mana2 dah sb nk cepat sampai rumah  :)

Isnin, 16 Julai 2012

TEMAN HUBBY PI KURSUS

2 minggu lepas 4-7-2012 sampai 7-7-2012 sya & puteri ikut myhubby ke KL, biasa lah dah lama x cuti2 nie, bila myhubby ajak jer dah x fikir panjang terus cakap nk…  jdnya puteri mama terpaksa lah ponteng tadika hari rabu & khamis tu.... nk jln punya pasal apa pun sanggup... :)
Budak nie la yg paling excited nk jln2......
Keja dia dlm keta mkn & tiduq ja, bila buka ja mata soalan pertama yg dia tanya "kita dah sampai KL ker abah"
Apa ingat pi KL mcm pi Penang ka Puteri oooiiiiiiii....
Gambaq sepanjang kat KL x ada, sb malas nk keluarkan camera.... lgpun kami lepak kat bilik ja sepanjang myhubby berkursus... keluar jln2 pun time ptg jaaa..

Hari Jumaat myhubby habis kursus dlm tgh hari.... so lepas check out hotel terus gerak ke MYDEAR WAREHOUSE SALE plak . nasib baik ada GPS klau x memang kami sesat laaa..

Gigih betul kita org suami isteri sampai ke KL mencari barang2 baby mcm la kat Kedah nie x jual brg baby.... biasa lah dah kebetulan ada kat sana tu yg kita org pi tu... tp klau semata2 nk ke KL utk beli brg2 baby rasanya tak berbaloi kot... 

Kesian myhubby x sempat tukar baju pun.... katanya klau dia tukar baju nanti lambat, takut x sempat sb lepas selesai borong kat MYDEAR WAREHOUSE SALE tu kita org nk ke Cameron Highlands plak.. :)
 Nasib baik mood puteri baik jer masa nie ....
 Puteri nie memang x bleh dok diam lama2.... ada jer benda dia nk buat....
Antara brg2 yg kami beli kat MYDEAR WAREHOUSE SALE...
Yg sebenarnya x der niat pun nk beli stroller mydear tu, sb sya memang dah niat nk beli stroller maclaren nanti. tp myhubby ckp beli ja yg nie dulu... nanti baru beli stroller maclaren plak.....

Rabu, 11 Julai 2012

BELI BARUT, BEDUNG & LAMPIN BABY ONLINE

Sejak ngandung nie sya suka sgt la beli brg2 baby online.... dah mcm ngandung anak pertama plak rasanya, semua nk beli baru.. he he he

Bagi sya apa salahnya klau kita berbelanja sikit utk anak kedua, tak kan semua nk pakai barang lama jer... sian kat anak kedua plak nanti.... (yg nie alasan jer, yg sebenarnya mak pak yg terlebih excited)

Kat bawah nie sebahagian jer tau... ada lg sebenarnya tp dah malas nk buka plastik barang2 :)...

Ahad, 1 Julai 2012

16 FAKTA MENAKJUBKAN BAYI BARU LAHIR

16 FAKTA MENAKJUBKAN BAYI BARU LAHIR
  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
  9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

klik2