KLIK KLIK

heartbeat.my

Ahad, 23 Ogos 2009

KE KL LAGI 19-08-09 to 21-08-09

Kami ke KL lagi berdua ja bertolak tengah hari rabu, Saya ponteng kerja lg sb nak ngikut hubby ke KL. Hubby ada taklimat tentang H1N1 kat ibu pejabat bulan sabit, malaysia hari Khamis.

Hubby memang aktif dlm bulan sabit nie (katanya kalau tak dpt tolong org dgn duit, tolong ler dgn cara lain) dan inilah cara hubby.
Depan pejabat bulan sabit malaysia kat ampang. (pejabat nie kalau tak silap dulu kem tentera, bangunan kayu lg)
 
Sapa bleh bg tau , apa nama pokok pisang nie, mcm best jer
lepas taklimat ada makan2. time makan2 nie saya ikut serta la, tp time taklimat saya dok kat keta ja.
Juru kamera nie suka benar ambik gambar mama, tak tau kenapa,
So balasannya ambik gambar dia balik
Selesai kat Pejabat Bulan Sabit, Kita org cergas ke Nilai pulak. saja jln2 cuci mata, tapi akhir nya sangkut plak kat kedai nie. Pembelian yg tak dirancang. khas buat puteri mama yg kena tinggal ngan tok dia.
Nie la yg kami beli tp kaler kuning bkn merah sebabnya kaler merah dah abis stok. hubby ckp nie kira hadiah b.day puteri la,

Isnin, 17 Ogos 2009

HADIAH DARI SYANA

HADIAH NIE DPT DARI SYANA http://syanasaid.blogspot.com sbg hadiah jd folowers blog dia yg ke 100.
 
teriam kasih daun keladi...........
nanti2 leh bagi lagi.....................

Isnin, 10 Ogos 2009

Sudah 5 tahun emak tiada disisi

9-08-2009 genaplah 5 tahun arwah mak meninggalkan saya, tapi sampai hari nie saya tak bleh lupakan mak lagi.


Saya anak bongsu tentulah paling rapat ngan mak, bayangkan baru 3 hari saya berkahwin (6-8-2004) mak pulak meninggal dunia, hilang semua kegembiraan saya masa tu.


Perasan masa tu tak tau nak ckp, mcm2 dlm fikiran nie, mak dah tak ada, saya rasa mcm nak batalkan jer majlis kenduri kawin tu, tapi kad kawin dah edar. So kena juga adakan majlis tu pada 28-08-2004.

Sebenarnya mak memang tak sihat dah lama, Tapi sejak arwah ayah meninggal dunia bulan feb, 2004, kesihatan mak makin teruk, 6 bulan kemudian mak pun mengikut jejak ayah.

KINI YG TINGGAL HANYA MEMORI JER........

Jumaat, 7 Ogos 2009

Puteri mama dah 11 bulan 06-08-2009

Selain dari sambutan ulang tahun perkahwinan kami yg ke 5, 6-08-2009 juga merupakan genapnya umur Puteri mama 11 bulan.

1. Sekarang nie jln makin laju. makin lasak, penat nak layan.
2. Suka main cak dgn org.
3. Makin manja dan mengada2.
4. Selalu panggil Abah (bah) mama (ma)
5. Suka tgk iklan kat tv, tak kisah iklan apa janji iklan.
6. Tak leh tgk org makan, dia pun nak makan jugak (kuat makan).
7. Suka sepahkan barang kat dapur. buku @ majalah dia suka koyakkan & makan.
8. Gigi dah 5 batang, 2 kat bawah, 3 kat atas.
 
Gambar time nak keluar makan malam

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 5 - DPT JUS MATE 5

6-8-2009 Khamis adalah ulang tahun perkahwinan kami yg ke 5, sekejap jer rasanya masa berlalu, rupa2nya dah 5 tahun kami berkahwin.

Hari khamis tu kita org berdua berpuasa sunat, petangnya berbuka kat luar berdua, puteri tinggal kat rumah mak mertua la (kesian puteri asyik kena tinggal jer) kasi peluang mama ngan abah dating jap.

Lepas makan hubby terus bawa mama pi herba prima kat Jitra, kedah beli hadiah utk mama, yessssss mama dpt hadiah lg....... syoknyaaaaaa

Nak tau apa yg mama dpt jeng jeng..............
 
Ambik kau sekali beli 3 kotak terus, bukan apa nie kes dah tak larat dgr mama bebel yg badan mama makin bertambah sihat skrg nie.....

Tapi mama blum minum lg jus mate5 nie, ingat nak start time bulan posa nie.

Lepas nie sapa2 yg nak beli jus mate5 leh la order ngan mama........ Jgn segan silu plak yer...

Rabu, 5 Ogos 2009

RUMAH SAPA LA NIE

Dua hari berkampung kat Stadium darulaman, Hari Ahad mama cuti, letih sgt rasanya, ingat nak rehat tapi bila tgk rumah dah mcm tongkang pecah, kenalah mama kemas rumah dulu, kira nasib baik gak puteri tak ada so dptlah mama mengemas dgn aman.
 Nie jer balance baju yg tinggal lepas kita org berniaga kat Stadium hari tu
 Cantik tak baju yg mama jual? yg ada gambar spiderman tu sepasang dgn seluar rm18 jer,

HARI PENYAYANG 2009

Hari penyayang mula awal pagi Jumaat, mama tolong geng bulan sabit jaga gerai depa, sbnya depa tak cukup org hari tu, kebanyakkan ahli ada tugas lain. 

 Nie la Gerai bulan sabit, baju tu mama yg punya, mama tumpang jual kat gerai bulan sabit tu.
 
 
 
Cuba teka mama bergambar dgn sapa????????
Nie la Tengku Puteri Intan Shafinas, Anakanda kpd Sultan Abdul Halim (Sultan Kedah).
Tengku Puteri nie adalah penaung Yayasan Sultanah Bahiyah Dan Juga Bulan Sabit Kedah.
Bangga nya mama dpt ambik gambar ngan Tengku Puteri.

Isnin, 3 Ogos 2009

PERSIAPAN HARI PENYAYANG

Hari jumaat 31 Julai dan Sabtu 1 Ogos ada karnival hari penyayang anjuran YAYASAN SULTANAH BAHIYAH di kawasan stadium darulaman. Hubby terlibat sbg urusetia program tu (bahagian pertolongan cemas).
Persatuan Bulan Sabit hubby jg ada ambik bahagian dlm pameran. So hari Khamis petang geng2 hubby pun sibuk la dok hias gerai depa, mama pun ikut sama pi dok menyibuk kat sana dari petang sampai malam.  
 
 

Ahad, 2 Ogos 2009

WALKER OH WALKER

Sejak awal bulan julai lg puteri dah mula berjalan (umur 10 bulan). Jd mama ambik keputusan utk simpan jer walker puteri tu. (lebih baik simpan dr dok menyemak jer kan). Tgk la aksi puteri time mama nak simpan walker dia, time tu la dia sibuk nak main. tak pa kasi peluang dia main jap. lepas nie dah x leh main ngan walker tu dah.

Bukan mama yg letak puteri kat dlm tu, dia yg masuk sendiri tau
Aksi bersuka ria
Kayuh jgn x kayuh
 
 
Mama mcm mana nak keluar nie................ tolong
Muka budak dah puas bermain.
 

MAKAN2 SEMPENA B.DAY MAMA

Sempena b.day mama malam 28-07-2009 tu hubby belanja makan kat restoren nelayan, k.kedah. Makan dgn family abah jer, tak der majlis besar2 pun. Gambar pun tak sempat ambik sb dah lapar sgt.

HADIAH B.DAY SKUTER YAMAHA

Nie ler hadiah yg mama dpt sempena b.day mama. bukan tayar 4, tp tayar dua jer. ialah hubby bukannya kaya, keja gov jer. Sebenarnya dah lama mama teringin nak beli skuter nie, sb skuter senang nak bw x payah susah nak tukar2 gear. Mungkin sb selalu dgr mama ckp nak beli skuter, terus hubby ambil keputusan utk belikan sbg hadiah. Tq sayang, nanti klau mama teringin nak keta, agak2 abah beli tak??????

Skrg nie pagi2 pegi keja mama naik skuter jer senangkan. ok kalau sapa2 nampak perempuan cantik dgn skuter putih kat jln tu, tegur2 lah yer ........................
Tengok betu2 nama sapa kat geran moto tu........
 free gift yg kedai moto tu bg
 skuter mama
 

klik2