KLIK KLIK

heartbeat.my

Rabu, 15 Januari 2014

LANGKAWI 9-11 JAN, 2014

Sempena Bday hubby yg ke 3+, Kita org 1 family ke Langkawi, Saya sponser semua sbg hadiah bday, sbnya sya x tau dah nk bg hadiah apa, so belanja cuti2 ja la.

Kita org bertolak dari Alor Setar ptg khamis, ambik feri last, feri pkul 7. spai Langkawi dah mlm, tp nasib baik chalet & kereta dah booking siap2. percutian kali nie nk santai2 jer. (klau bleh nk main pasir + mandi laut kat pantai chenang jer)
muka excited dpt naik bot...
nie kali pertama ariq ke Langkawi, tp alhamdulillah ariq x byk ragam 
 chalet yg kami sewa pun ok, siap ada bath tab lg, berbaloi la dgn hrg. 
Hari ke2 bangun pg terus jln2 kat area pantai... bg peluang budak2 nie main pasir & mandi laut. 
 adik ariq mula2 mcm takut ja, tp lepas tu dah seronok main, ajak balik pun x mau.
Puas mandi pantai, kita org ke cable car kat Gunung Mat Cincang, perjalanan pergi situ dari pantai cenang memakan masa setengah jam jugak kot. 

tp masa spai sana angin mcm kuat ja, so kami x jd la nk naik cable car tu. kami jln2 ja kat kawasan tu. kat situ ada mcm mini zoo masuk free ja, tp klau nk best beli la mknan utk bg kat rabbit.
 Ariq mula2 takut, tp last2 telinga arnab pun dia nk tarik. 
 Kakak puteri memang x takut. dia memang suka sgt dpt bg mkn arnab tu. spai balik ke chalet pun mulut dia x berhenti cerita lg....

Lepas bg arnab mkn, puteri sibuk nk bg ikan mkn plak :)
 
 Balik bilik rehat jap, ptg sambung main kat pantai lggg
  yg nie hr ke3 mcm biasa bangun ja terus ajak pi pantai....
 Puas main kat pantai, kita org siap2 terus check-out, 

 Sayang kalau bawak anak kecil datang Langkawi tapi tak singgah Underwater World Langkawi

Dua budak bertuah nie memang seronok sgt masa  kat dlm underwater world, rasanya berbaloi bw dia org ke sini, tapi sayang banyak gambar hilang sb memori kad camera rosak, gambar yg ada nie semua dr hphone jer. tp tak per nanti klau ada rezeki kita boleh datang lagi....  
 
 
 Selesai kat underwater world, kita org shopping kat area pekan kuah jap. lepas shopping terus ke jetty beli tiket balik alor setar

tamattt

Ahad, 5 Januari 2014

HAPPY BIRTHDAY MY HUSBAND

Happy Birthday my dear husband...  
Abg, I love you so much.... :)

Happy birthday abang! Semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Sama2 kita menjalani hidup ini sebagai pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat kita. Walaupun kadang2 sayang agak melampau tak kiralah dari segi percakapan atau perbuatan tapi sayang nak abang tahu, abang antara orang yang terpenting buat sayang. Kehadiran abang dalam hidup sayang benar2 saya syukuri. Semoga jodoh kita ini berpanjangan dan kita sentiasa hidup bahagia bersama anak2.

X der buat sambutan bday pun. Cuma kebetulan bday hubby hr Jumaat & hr tu kami berkumpul ramai2 utk makan tgh hari di rumah kakak kat Kulim, so sya just beli kek ja bw ke Kulim..

Tau x sape yg paling excited nk potong kek??? Dah tentu la Puteri yg terlebih excited…

klik2