Amaran: - sila tarik nafas
dalam-dalam. Sediakan baldi sekiranya anda rasa nak muntah tengok gambar yang
berlambak ni.
Sb sya malas nak buat part by part
sebab memang sya sgt2 malas lah.
Sempena Bday Puteri & Ariq, Kami
pilih Cameron Highland untuk bercuti. Percutian nie utk 2hari 1mlm jer (6 &
7 Sept, 2013). Salah satu sebab adalah kerana nk percutian yg santai….
Percutian kali nie sya booking Apartment 3bilik area Pekan Brinchang hrg dlm
rm250 shj. sb bawa kami bawa Mak & Ayah Mertua serta 2 org adik hubby (1st time nie kami bawa family hubby bercuti)
Dlm Tgh Hari kita org dah selamat sampai ke Apartment yg
kita org sewa… dok rehat2 dulu..
permandangan dari apartment yg kami sewa
Petang baru lah kami jalan jalan
sekitar pekan brinchang, mkn dulu dkt medan selera area pekan Brinchang, pastu
gerak ke Cactus Valley farm !!!! ….. puteri la yg paling happy bila dpt berjln2
puas main bg depa mkn dulu
mak & ayah mertua, serta dua org adik hubby
nyawa saya
Lepas tu singgah ke Pasar Malam
Brincang . Banyak makanan dan barang barang cenderamata. Strawberry, Yang
paling best udang / sotonh goreng tepung yang besar, Logik la 10 hengget 5/6
ketul.
Kita org beli mkn mlm kat pasar mlm
jer, sb nanti mlm dah malas nk keluar.. lg pun cuaca sejuk sgt kesian plak kat
Ariq nanti…
Next morning bersiap nak p breakfast
dekat medan selera tanah rata….
gambaq kenangan bersama family hubbySelesai breakfast terus gerak ke Bharat Plantation tea house and souvenir shop mencabar jugak nak ke sana. Jalan kecik. Lama gak lepak kat sini sb menunggu Puteri & Adik hubby berjln spai kebwh bukit tu…..
nampak x anak sg tu.. spai situ la puteri jln kaki dgn pak cik dia
mak tok & tok wan pun larat lg berjln spai bwh sana..
Habis Shopping perjalanan di
teruskan ke Cameron Lavender... Rasanya tempat ni baru saja dibina...Bayaran
dikenakan sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak2...
2 hari 1 malam tak cukup nak explore . Yang
penting aman damai dan tenang....