KLIK KLIK

heartbeat.my

Rabu, 23 Januari 2013

ARIQ DAH 4 BULAN

 Hai semua, comeii x saya :)
Anak bujang mama dah 4 bulan, Berat masa timbang kat klinik hari tu dah 6.1kg.... Aiiiii kejap je masa berlalu, Keletah Ariq di kala 4 bulan makin la macam2... Yang kadang2 buat makpak dia pening, kekadang buat kami tersenyum..

Macam2 keletah baru Ariq skang, paling aktif skali skang tengah gile meniarap.. Buka je mata nak meniarap, pantang letak, pusing kejap tengok dia dah meniarap, siap gelak mengekek2 lagi tu.. Gelak tu bila berjaya meniarap la, kalau tak berjaya alamatnye meraung satu rumah dengar.. HAHAHAHA apa la anak mama ni!

Hurm mengamuk ni pun salah satu hobi baru dia... Dulu kurang sikit nages2 melalak2 nie, skang ni asal lambat bagi susu ke, atau tak cukup tido ke, atau tido dia terganggu or meniarap tak berjaya kompem meraung2 punye..

Suka sgt pegang jari org, terutama time nak tidoq. kadang2 boleh merajuk menangis2 meraung2 bagai sb x bg pegang tangan jer..

Dia dah mula pandai main terutama main meniup buih buih cinta air liur, sangat hebat tang nie ..  kalau dibiarkan boleh basah baju ,  hu hu hu habis luruh rambut mama...

Jom tgk perkembangan Ariq di usia 4 bulan :
- sudah bleh meniarap
- kepala sudah tegap
- makin kepoh bila dengar bunyi. sibuk nak mencari mana datang. Padahal orang lalu sebelah je pun. Siap kepala teleng2 nak tgk.
- dah pandai mengekek2 over. senyum tu toksah kata. pantang orang agah
- suka menjerit penuh perasaan.macam eksaited dengar suara sendiri
- dah boleh pusing badan masa meniarap
- mula menghisap apa aja benda dia nampak. dulu pun suka jugak
- sudah pandai protes apa dia tak suka.
- Tido malam masih berbedung.

Sabtu, 19 Januari 2013

ADIK & KAKAK

Alhamdulillah anak2 mama & abah membesar dgn sempurna... 

Khamis, 3 Januari 2013

03-01-2013 SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Di kesempatan ini sya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku yg tersayang Azrul Hafiz Bin Abu Yazid, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aminnnnnnnnn

Terima kasih kerana menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya, syg amat2 menghargainya. Terima kasih kerana sama2 mengharungi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah melayari alam rumahtangga juga dlm mendidik dan membesarkan permata hati kita. Akhir kata...Sayang Abang selamanya....

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Tanpamu nafasku terhenti
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya

Selasa, 1 Januari 2013

HARI PERTAMA KE TADIKA UTK TAHUN 2013

01-01-2013 merupakan hari pertama Puteri ke Tadika utk tahun 2013, mama & abah doakan semoga Puteri dpt belajar dgn tenang & ceria di Tadika nanti.....
 apa mimpi abah pg nie bersongkok bagai :)

klik2