KLIK KLIK

heartbeat.my

Selasa, 25 Oktober 2011

PROMOSI MCDONALD'S QUARTER POUNDER WITH CHEESE HANYA RM6.99

Bagi yang teringin nak makan dekat McDonald hari nie. Jangan lupa untuk dapatan kupon McDonald’s Lovin’ Mid Month di bawah ini ye ! Apa yang perlu korang lakukan, hanya perlu print  dan bawa keratan tersebut untuk mendapat diskaun sebanyak RM2.95 bagi setiap pembelian Quarter Pounder With Cheese McValue Meal.
Tawaran promosi  Quarter Pounder With Cheese McValue Meal yang berharga pada RM6.99 ini hanya sah, bermula dari 17 Okt 2011 hingga 25 Okt 2011. kiranya hari nie last day laaaa...

Sepanjang promosi nie berlangsung sya dah 2kali mkn mcd nie, sekali mkn ngan bdak2 opis & sekali lg mkn ngan myhubby.
muka2  bdak opis yg kelaparan.......
gambar masa mkn ngan hubby tak der.. sb kelaparan yg melampau tak sempat bergambar terus ngappp ..

HARI CUTI ADALAH HARI UTK SI PUTERI

Antara rutin mingguan kita org ialah keluar jln2 & mkn2 tanpa arah tuju, ya la tu jer masa utk kita org bersuka ria ngan puteri pun, hari lain sibuk jer memanjang.

Hari minggu adalah hari yg paling puteri suka, sb bukak jer mata terus tanya "hari nie kita nak pi mana abah",
Puteri nie tak memilih janji dpt keluar pi jln2 jer... kat mana pun tak pa.

Tgk tak susah pun nak gembirakan dia, tak perlu belanja besar, tak perlu mainan mahal, dpt belon free pun dia dah happy... mama lg la happy sb jimat duit. he he he
 
happy jer anak mama main belon freee :)
Dlm tak mau beli apa2, tp bila sampai sana ada jer brg yg tak tersenarai yg kita org beli....

Ahad, 16 Oktober 2011

TUKAR RAMADHAN HOT TICKET - DAPAT FREE AYAM KFC

Semalam merupakan hari terakhir untuk tukar Hot Ticket kepada ayam KFC.

Jadi kita org kena lah tukar semua saki baki hot ticket yg ada, klau tak tukar rugi la kan... klau nak tau sepanjang promosi hot ticket nie berlangsung rasanya dah dkt 5 kali kami mkn ayam KFC free nie.  he he he
Semalam utk baki tiket yg ada kami dpt tukar 6 ketul ayam KFC, sebiji burger & 1 pepsi. berbaloi2.... 
semangat anak mama makan ayam grg semalam....

Rabu, 12 Oktober 2011

MANDI MANDA DI TITI HAYUN

Jumaat lepas 7 Oct, 2011 Sya n the geng (bdak opis) pergi mandi manda kat titi hayun, yan, kedah, dah lama rasanya x pegi mandi air terjun nie, walaupon tempat ni tak la jauh sgt dgn umah pun, tapi x penah terdetik nak pegi,  (tak dak masa nak pi)

sampai2 ja, bdak2 nie sibuk siapkan tempat utk sesi bakar membakaq
Kipas bang, jgn tak kipas yer......
ayang nak bersiram jap..
Best gak pi mandi kali nie, sb ramai org bleh tlg tgk2kan puteri,
2 bdak perempuan tu bdak praktikal (bibik baru sya) kat opis...
puteri mandi sampai ketaq2, tp tetap tak mau naik...
Balik dari titi hayun, kita org singgah pantai murni jap....  

Isnin, 10 Oktober 2011

SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Pada 21 hingga 26 Sept, 2011 telah berlangsung SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah.

Karnival tu berlangsung byk hari , tp kita org mcm tak sempat nak pi melawat pd waktu siang, kita org curi2 masa waktu mlm baru pi sana. siap bawa mak & bapa mertua lg.. he he he
 
 
 
 
 

Khamis, 6 Oktober 2011

TIPS MENDIDIK ANAK2

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

4.Berikan ganjaran setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Ahad, 2 Oktober 2011

GAMBAR PRA PERKAHWINAN NABIL RAJA LAWAK & ZIRA

Suka sgt tgk pra perkahwinan nabil ni simple and sweet je,xlah sarat sgt.....
Sya nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU & SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KEAKHIR HAYAT AMINNN......

 
 
 
 
 
Lagi beberapa keping gambar pra perkahwinan Nabil dan Zira dengan membaca entri ini sepenuhnya di OhBulan   
Gambar ehsan OhBulan dan team Feel.

klik2