KLIK KLIK

heartbeat.my

Memaparkan catatan dengan label hubby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hubby. Papar semua catatan

Ahad, 5 Januari 2014

HAPPY BIRTHDAY MY HUSBAND

Happy Birthday my dear husband...  
Abg, I love you so much.... :)

Happy birthday abang! Semoga abang panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Sama2 kita menjalani hidup ini sebagai pasangan suami isteri hingga ke akhir hayat kita. Walaupun kadang2 sayang agak melampau tak kiralah dari segi percakapan atau perbuatan tapi sayang nak abang tahu, abang antara orang yang terpenting buat sayang. Kehadiran abang dalam hidup sayang benar2 saya syukuri. Semoga jodoh kita ini berpanjangan dan kita sentiasa hidup bahagia bersama anak2.

X der buat sambutan bday pun. Cuma kebetulan bday hubby hr Jumaat & hr tu kami berkumpul ramai2 utk makan tgh hari di rumah kakak kat Kulim, so sya just beli kek ja bw ke Kulim..

Tau x sape yg paling excited nk potong kek??? Dah tentu la Puteri yg terlebih excited…

Khamis, 3 Januari 2013

03-01-2013 SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Di kesempatan ini sya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku yg tersayang Azrul Hafiz Bin Abu Yazid, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aminnnnnnnnn

Terima kasih kerana menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya, syg amat2 menghargainya. Terima kasih kerana sama2 mengharungi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah melayari alam rumahtangga juga dlm mendidik dan membesarkan permata hati kita. Akhir kata...Sayang Abang selamanya....

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Tanpamu nafasku terhenti
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya

Selasa, 10 Januari 2012

TEMAN HUBBY OVER TIME KAT KLINIK KESIHATAN BANDAR

Selalunya kalau hubby kena over time kat Klinik saya akan tunggu kat bilik dia sampai dia habis OT,  hubby akan OT  kat unit kecemasan Klinik Kesihatan tu,

Biasanya dia akan ambik saya kat opis & terus ke Klinik, so duduk la saya kat sana sampai kul 10mlm, baru kita org balik umah MIL ambil puteri & dlm kul 11mlm baru la sampai umah, dlm sebulan myhubby akan OT selama seminggu.

Sebelum nie sya tak kisah kena dok kat dlm bilik tu sorang2, tp skrg nie sya rasa seram jer nak dok tunggu kat dlm bilik tu...  semua nie sb skrg ada benda kat bawah nie dlm bilik hubby.....
menyeramkannn....   
p/s to myhubby tolong laa ubah benda nie keluar, syg takut la tgk benda nie, serammmm

Selasa, 15 November 2011

LAGI KES BUANG BAYI

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini....
 
Dan kerana kes nie la myhubby kena ke balai polis utk buat report semlm.... kerana dia adalah antara org yg terawal jumpa bayi tu... menurut kata myhubby semasa dia org angkat baby tu dari dlm beg, baby tu dah dihurungi semut, tetapi baby tu langsung tak menangis, sampai la dia org angkat baru baby tu menangis....

Sebenarnya ada byk gambar baby tu dlm hphone hubby, tp tak sempat nak ambik, nanti mlm klau sempat sya update kat blog nie....

Kesian sangat sya tgk gambar2 baby tu dkt hphone hubby, tergamak dia org buang baby yg secomel itu...

Selasa, 8 November 2011

WELCOME TO MYFAMILY CIK ALZA PEARL WHITE

Jeng2 tajuk dah mcm nak menunjuk2 jer, jgn salah faham yer, nie sebenarnya bukan entry menunjuk2 tp cuma entry utk kenangan sya & family yer..... ya la sya cuma mampu beli ALZA jer pun bukan beli BMW @ FERRARI.

01-11-2011 tarikh dah cantik dah, kira nie tarikh keramat la, sb pada tarikh nie cik hitam manis VIVA telah bertukar tangan utk berkhidmat dgn tuan baru, Pd tarikh nie jugaklah cik putih gebu ALZA melapor diri utk berkhidmat dgn penuh setia kepada keluarga kecil sya...
gambar nie ambik masa ambik Putri di rumah MIL..
Puteri masa nampak jer kereta nie terus senyum simpul,
yer la sblum nie dia selalu bising ngan abah yg dia nak naik kereta besaq...
 
 

Jumaat, 4 November 2011

SELAMAT TINGGAL VIVA HITAMKU

01-11-2011 hari terakhir Viva Hitam nie berkhidmat utk family sya, skrg viva nie dah bertukar tangan...
jgn pandang rendah kat viva hitam nie, sb sampai ke Thailand & Singapura kami pi dgn viva nie tau....

kami memang syg kat viva nie... syggggg sgt2

Slmt tinggal si hitamku... slmt berkhidmat dgn tuan baru.

Ahad, 19 Jun 2011

SELAMAT HARI BAPA BUAT SUAMI TERSAYANG


SELAMAT HARI BAPA BUAT SUAMI TERSAYANG AZRUL HAFIZ BIN ABU YAZID.
TERIMA KASIH KERANA MENJADI BAPA YG TERBAIK UTK PUTERI KITA. 
SYG DOAKAN SEMOGA KEBAHAGIAN AKAN MENJADI MILIK KITA UTK SELAMA-LAMANYA, BIAR LA KITA TAK SEKAYA MANA, TP YG PENTING KITA BAHAGIA.

Sempena hari bapa, mama tak buat sambutan pun, mama cuma oder coklat jer utk hubby. itupun  oder online,
 cantik tak coklat yg mama oder nie?
 Yg paling suka sekali mesti la bdk kecik nie,

Ahad, 16 Januari 2011

HUBBY EKSIDEN LAGI

Hari rabu lepas (12-01-2011)  hubby eksiden lagi, Terkejut gak masa dia call bagi tau yg dia eksiden, tp syukur sb hubby tak cedera langsung. Kereta ja yg remuk, Hu hu hu terbang lg RM nak buat repair kereta tu.(Klau duit tu bg kat mama pi shopping kan best).

Kalau thun lepas org langgar belakang kereta, tp kali nie hubby plak pi langgar belakang kereta org. So kos repair kena la tanggug sendiri kan. klau pi report pun tak guna jugak, sb kan kereta yg langgar belakang di kira bersalah.

Dan akibatnya cuti tiga hari kami dok umah aja, sb kereta masuk bengkel, Td ptg baru siap repair.

Isnin, 3 Januari 2011

3 JAN 2011 SELAMAT HARI LAHIR ABANG

Entry nie khas buat Hubby tersayang

Di kesempatan ini inginku ucapkan SELAMAT HARI LAHIRI
buat suami yg tercinta & tercayang pada 3 Jan 2011 (wahhh dah makin tua dh yang oi! . Bertambah lg umoq abg)


tiada hadiah mahal, tiada majlis hari jadi yg meriah...yang ada hanya sekeping hati yang ikhlas bersama ucapan hari jadi buat suami tercinta....

*semoga kebahagiaan dan kegembiraan mengiringimu selalu
*semoga segala impianmu akan tercapai
*semoga dimurahkan rezeki & semoga berjaya dlm segala kerja yg abg lakukan
*semoga rasa cintamu padaku mekar selalu
*semoga sentiasa menyayangi syg dan anak mu yang sering memerlukan perhatian dan kasih sayangmu
*semoga dirimu menjadi abah yang terbaik buat anakmu
*semoga kasih sayang ini abadi buat selamanya
*SEMOGA KITA BERSAMA SELALU.......SELAMANYA........


AMINNNNNNNNNNNNN

SEMOGA KEBAHAGIAN SENTIASA MENJADI MILIK KITA SEKELUARGA

klik2