KLIK KLIK

heartbeat.my

Memaparkan catatan dengan label Apa- apa aja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa- apa aja. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2011

MAGIC SPONGE YANG BETUL2 MAGIC

Puteri skrg kan ada hobi suka menconteng, so magic sponge nie memang wajib ada kat umah, sb senang sikit kerja mama nak hilangkan hasil seni puteri nanti.
Mcm hari tu dia conteng meja dgn pensil warna, mcm2 cara mama guna nak hilangkan kesan pensil tu, tp tak hilang jugak. tp dgn span nie senang jer keluar, tak payah letak sabun pun, cuma basahkan spam & lap jer.
Tgk dah bersih...:)

Rabu, 27 Julai 2011

DAH MCM KEDAI DOBI



Hari tu masa kemas2 brg kat dapur, Baru mama perasan betapa byknya sabun cuci baju,
Bila tgk balik dah mcm nak buka kedai dobi jer.

Nie semua gara2 cik hubby la nie, pantang klau pi beli brg kat super bila ada offer sabun murah mesti dia akan beli punya, Dia bkn kira kat umah dah ada ker belum sabun cuci,  Asal nampak murah dia akan beli ajer.

Masa mama tunjuk sabun yg belambak nie kat dia, baru dia terkejut tgk, mcm nie byk rasanya sampai ujung tahun pun belum tentu habis guna lg.

Khamis, 10 Mac 2011

MANDI KOLAM

2 minggu lepas kita org ke Kulim, rumah akak no 3, Saja jer adik beradik mama berkumpul kat sana, lg pun akak sulong mama nak ke Mekah pd 9 March, Jdnya sebelum dia berangkat nak jugak la kita org berkumpul..

Ya la bukan senang kita org adik beradik nak dpt berkumpul mcm tu, masing2 ada hal sendiri, nak berkumpul sekali sekalapun kena tetapkan tarikh betul2,

Kebetulan kat umah akak nie ada kolam , tp kolam nie sebenarnya  dulu kolam utk ikan, Entah sejak bila plak akak mama nie dah tak bela ikan kat dlm kolam tu. Sebaliknya kolam tu dah tukar jd kolam renang utk anak2 dia.

Kolam nie tak besarpun, sesuai la utk budak2 mandi + main air.
Bukan main suka puteri main air,
puteri tak bw baju mandi, so pinjam jer seluar sepupu dia,
bleh plak dia tahan sejuk tu.


Selasa, 1 Februari 2011

DAPAT LIMAU FREE

Limau? oh ya, orang dah nak sambut tahun baru cina. Memang telah menjadi kebiasaan bilamana tiba sahaja musim perayaan tahun baru cina maka berkotak-kotaklah limau mandarin dihurung kesana kemari.  

Dan tak ketinggalan mama pun dpt sekotak, bos yg bagi,  dah namanya keja ngan bos yg berbangsa cina harus lah mama dapat limau free. he he he.

Selasa, 28 Disember 2010

SAUDI SCALLOP MEMANG SEDAP

Hari tu ada tgk satu  blog nie  http://my-niezzareena02.blogspot.com/ yg dok cerita tentang saudi scallop, Katanya saudi scallop tu sedap tu yg terus terpengaruh.tu.
Jd nya saya pun apa lg try  la beli sebungkus sb nak cuba rasa betul ke idak scallop tu sedap.
Dan hasilnya memang sedap pun tak rugi klau beli, sb harga pun tak la mahal mana. memang berpatutan la.
Dan yg paling penting sekali Puteri suka makan. (puteri bab makan memang memilih sikit)

Isnin, 22 November 2010

PUTERI MENANG PAMPERS DARI MAJALAH PA&MA

Mcm tak percaya baru kali pertama masuk peraduan dlm majalah PA&MA terus boleh memang. Walaupun hadiah yg saya dapat tu tak seberapa, tp saya tetap suka sb dpt benda free, he he he.

Klau nak tau saya nie suka baca majalah PA&MA sejak dpt tau mengandungkan puteri lg, maknanya dah dekat 3 tahun la, tak pernah terlepas beli majalah nie, kiranya tiap2 bulan saya mesti beli tau. tp sepanjang 3 tahun tu, tak pernah sekali pun saya masuk peraduan yg ada kat dlm majalah tu,

Nak dijadikan cerita dlm awal bulan Oktober ada pekerja karangkraft call bg tau yg saya menang peraduan & dia org tanya anak pakai pampers saiz apa. tp lepas tu sunyi jer, hari2 dok tunggu  klau2 ada posmen hantar hadiah tu, (tp kecewa tak ada pun).

Last2 minggu lepas masa dok semak email, saya terperasan satu email tu dari karangkraft, dlm email tu pihak karangkraft minta saya ambik hadiah tu kat pejabat dia org. Bayangkan saya kat Alor Staq kena pi KL semata2 utk ambik hadiah pampers tu.

Nasib saya baik sb bila bg tau kat cik hubby, dia kata dia nak ke KL ada urusan, so memang rezeki puteri la, sb Abah boleh tlg ambikkan kat KL.

Nie la hadiah yg saya dapat tu, 2 pek besar & 2 pek kecil, Ok la tu, Jimat duit bulan nie tak perlu beli pampers utk puteri.

Khamis, 11 November 2010

BANJIR OH BANJIR

Banjir kat Alor Star dah hampir pulih baru la mama sibuk nak tunjuk gambar masa banjir tu.(sebenarnya nak tunjuk video tp mcm slow jer pun nak uplode video tu.).
Semua gambar2 nie hubby yg ambik, sbnya masa banjir hari tu hubby kena bertugas utk unit perubatan. hubby kena bertugas 24 jam, cuti pun dibekukan, maknanya tak ada cuti2 depavali.

Kira nya banjir kali nie memang teruk  sampaikan dlm kawasan bandar pun bleh kena gak (opis mama pun masuk air gak tau) Sampaikan hari Khamis tu bos bg kita org semua balik awal la, sb takut nanti lg banyak jln tutup, tak bleh balik umah plak kan. (nasib baik umah mama tak kena banjir).
 
 
 

Ahad, 24 Oktober 2010

WATSONS MEMBER KAD

Baru-baru ini ada daftar untuk jd ahli  kad watsons,
Yang menariknya kad watsons ini adalah kita hanya perlu membayar RM12 untuk menjadi ahli seumur hidup dan di dlm passport watsons ada byk voucher diskaun dari serendah RM1 sehingga RM10. Vouchernya dalam 30 keping juga so berbaloi membayar RM12. Pastu klau nak dpt 200 point free kena la daftar online. (bayar RM12 kat Watsons pastu balik ler daftar sendiri on line)

Dengan menjadi ahli, kita bakal dijemput menghadiri event, sales dan workshop. So pada sesiapa yang memang suka join events sebegini memang patut jadi ahli. Maklumat lanjut layarilah laman web mereka, Watsons

Rabu, 19 Mei 2010

TUKAR CAT RUMAH

Angin x da, ribut tak da, tiba2 ja rasa teringin nak tukar cat rumah nie..
ya la dah lama guna cat biru, nak juga tukar warna lain.

Rasa mcm cantik plak tgk pink color nie.
cat nie copy dari blog http://dottydotdotdesign1.blogspot.com/

Banyak betul design kat blog tu.
kelabu biji mata nie dok tgk design2 kat situ.

Sapa2 yg rasa jemu dgn cat rumah yg dah lama tak bertukar tu, bleh ler cuba cat baru dr blog http://dottydotdotdesign1.blogspot.com/

design cantik2 dan yg paling penting FREE

Sabtu, 15 Mei 2010

AIS POTONG

Sekarang cuaca panas sgt kalau dpt mkn ais potong nie, sedap gila...
Sebenarnya beli utk puteri, tp mama ngan abah yg dok pulun.......

Rabu, 5 Ogos 2009

RUMAH SAPA LA NIE

Dua hari berkampung kat Stadium darulaman, Hari Ahad mama cuti, letih sgt rasanya, ingat nak rehat tapi bila tgk rumah dah mcm tongkang pecah, kenalah mama kemas rumah dulu, kira nasib baik gak puteri tak ada so dptlah mama mengemas dgn aman.
 Nie jer balance baju yg tinggal lepas kita org berniaga kat Stadium hari tu
 Cantik tak baju yg mama jual? yg ada gambar spiderman tu sepasang dgn seluar rm18 jer,

Selasa, 19 Mei 2009

TAPAI PULUT

Minggu lepas masa pi padang besar, kita org ada beli beras pulut, so minggu nie mak mertuaku buat tapai pulut. nie la rupa tapai pulut yg mak mertuaku bg utk kita org.

klik2