KLIK KLIK

heartbeat.my

Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INFO. Papar semua catatan

Ahad, 1 Julai 2012

16 FAKTA MENAKJUBKAN BAYI BARU LAHIR

16 FAKTA MENAKJUBKAN BAYI BARU LAHIR
  1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
  2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
  9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Isnin, 9 April 2012

40 MINGGU KEHAMILAN NAN INDAH

Entry ini utk rujukan saya :)

Minggu 1

Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Minggu 2

Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3

Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.

Minggu 4

Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan

Minggu 5

Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

Minggu 6

Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

Minggu 7

Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

Minggu 8

Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Minggu 10

Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.

Minggu 12

Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15

Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.

Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17

Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Minggu 18

Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.

Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19

Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Minggu 20

Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

Minggu 21

Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.

Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22

Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.

Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.

Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24

Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.

Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

Minggu 25

Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.

Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.

Minggu 26

Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.

Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.

Minggu 27

Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa

Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.

Minggu 28
B
ayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.

Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.

Minggu 29

Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.

Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.

Minggu 30

Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.

Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.

Minggu 31

Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.

Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.

Minggu 32

Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.

Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Minggu 33

Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.

Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Minggu 34

Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.

Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Minggu 35

Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.

Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Minggu 36

Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.

Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Minggu 37

Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.

Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.

Minggu 38

Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.

Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.

Minggu 39

Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.

Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.

Minggu 40

Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.

Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

Selasa, 14 Februari 2012

BROADBAND PREPAID CELCOM MURAH

Sekarang nie klau kat umah sya guna streamyx tp klau kat opis sya guna broadband prepaid celcom 1Malaysia.
Sbnya streamyx kat opis tu lembab sgt, dah la lembab bila ada fon masuk line mesti putus punya.... buat sya tension jer klau tengah guna internet.....
So jln terbaik ialah guna broadband, sya pilih pakej nie sb pakej nie memang murah gila...
Harga sim kad nie RM60 (beli online jer) Broadband RM100 (beli dekat kedai Celcom)
Dgn hanya RM25.00, kita dah boleh guna internet selama sebulan ( 30hari ) *BIASANYA KLAU PAKEJ LAIN ANTARA RM48 HINGGA RM98 SEBULAN !!!

* kelajuan boleh cecah sehingga 512kbps, ikot kawasan dan modem
* percuma untuk 1bulan pertama
* cara pengaktifan :
(1) Sila taip : BROADBAND ACTIVATE hantar ke 28882
(2) Tunggulah sampai CELCOM hantar balasan
(3) Kemudian dapat sms "percuma akses internet selama sebulan bermua dari... sehingga...."

* Bulan kedua
1. Top up RM25 pd tarikh terakhir kredit (top up mcm biasa)
2. SMS "broadband skmm" send 28882
3. Reply YES
4. Dapat SMS akses internet berjaya dan anda kina boleh melayari internet selama sebulan.

Selasa, 15 November 2011

LAGI KES BUANG BAYI

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini....
 
Dan kerana kes nie la myhubby kena ke balai polis utk buat report semlm.... kerana dia adalah antara org yg terawal jumpa bayi tu... menurut kata myhubby semasa dia org angkat baby tu dari dlm beg, baby tu dah dihurungi semut, tetapi baby tu langsung tak menangis, sampai la dia org angkat baru baby tu menangis....

Sebenarnya ada byk gambar baby tu dlm hphone hubby, tp tak sempat nak ambik, nanti mlm klau sempat sya update kat blog nie....

Kesian sangat sya tgk gambar2 baby tu dkt hphone hubby, tergamak dia org buang baby yg secomel itu...

Isnin, 14 November 2011

HOBI BARU BELI KUPON ONLINE

Wah wah sekarang nie sya tengok dah ada macam2 website yg jual kupon2 ni, website2 nie tumbuh bagai cendawan selepas hujan...
Jom tgk antara website yg selalu sya terjah & yg sya terbeli buang duit utk promosi2nya.... 

http://www.milkadeal.com/r/42935 Dgn milkAdeal nie baru beli sekali jer, sya beli 2 kupon utk sya & myhubby utk buat 1 jam full body massage & 1 jam relaxing face massage di The BodyWork, Bukit Mertajam, Penang, harga asal utk seorang RM136 tp dgn kupon dr milkAdeal nie sya cuma byr RM28 shj,  Kupon nie blum sempat guna lg, sepatutnya dah guna hari Jumaat sebelum raya haji hari tu, tp terpaksa batalkan, sb puteri buat perangai baik sgt hari tu, dia tak mau duk ngan org lain, nak berkepit jer ngan sya & myhubby, siap nangis2 lg, tak nak lepaskan kita org pergi spa tu, jd myhubby call spa bg tau batalkan temujanji tu & nasib baik dia org ckp ok & boleh buat temujanji baru nanti.... klau tidak melayang jer duit....

http://www.groupon.my/deals/national-deal GROUPON nie website ke2 yg selalu sya terjah... sya dah beli 2 jenis kupon melalui website nie, tp 1 pun sya belum guna lg....
2H1M Jerejak Rainforest Resort Pulau Pinang  termasuk sarapan & unlimited feri tranfers dari Penang Island Jerejak Jetty dgn harga RM120 shj harga asal RM278.40.... insyaallah blan Dec nie sya akan ke sana. Tiba2 rasa mcm rugi plak tak beli dua kupon hr tu, klau tak bleh dok lama sikit.....

Yg nie kupon promosi dari Mayfair Bodyline, utk slimming package (15 sessions in 3 visits) RM99 shj harga asal RM3,500, Kupon nie asalnya tgk2 jer, tp myhubby plak yg sibuk suruh beli katanya  murah... .sebenarnya perli isteri dia yg makin comel nie, tp tak sampai hati nak ckp hu hu hu.

http://www.everyday.com.my/coupons/it/myaishah80.ec?2563 EVERDAY nie adalah website yg paling sya suka, tiap2 hari sya tgk website nie, kadang2 sehari sampai 2 ke 3 kali sya tgk, sbnya dlm byk2 website, Everday jer yg selalu ada promosi utk area Kedah, sya dah terbeli 3 jenis kupon promosi dkt Everday nie....
Kupon nie sya beli sampai 4 keping punyalah tamak haloba, jd bleh la pi 2 kali, sya dah guna 2 keping, tinggal lg 2 keping..... satu kupon RM7.90 harga asal RM21.23 utk 3 course meal di Signature Chicken Chop + Simply Juice + Ice Cream utk mkn di restoren Spring 's Leaf Cafe.

Kupon nie sya beli 2 keping, Hrg promosi RM17 utk satu kupon, hrg asal RM34.10, Promosi Couple Set of an Ala-Carte Dish + Signature Chicken Chop De-Vinnajoe + 2 Glasses of Freshly Squeezed Fruit Juice + Banana Boat Dessert di restoren Asiokis Café, 1 kupon dah guna, tinggal lg 1 jer.... memang berbaloi2....

Kupon Karaoke in myhubby yg nak sgt2, sb katanya nak bw bdak2 opis yg suka sgt melalak nie, Promosi 3-Hours Karaoke Session (up to 5 Pax) + 1 Jug Coke at ONLY RM19.90! di Rex Zone Family Karaoke hrg asal RM55. kupon nie pun kita org beli 2 jgak, sb klau 1 utk 5org jer, jd beli 2 kupon  bleh up bilik utk 10  hingga 15org utk 4 jam & dpt free 2 jug coke, melalak la bdak2 nie nanti sampai keluar anak tekak.... 

Yang kat bawah nie bukan kupon online yer, yg nie ada bdak dtg jual kat opis, sb kesian tgk budak tu bercerita panjang lebaq, sya pun beli la, harga dlm RM29.90.
rasanya sya akan guna 3 kupon kat bwh nie jer kot.....
yg nie rasanya sya tak akan guna la, sb kena keluar RM lg klau nak guna kupon nie
Bila buat entry nie baru tersedaq yg sya dah byk beli kupon online nie.....  tp rasanya ok kot, memang semuanya berguna utk sya & myhubby... (ayat penyedap hati nie)

Selasa, 25 Oktober 2011

PROMOSI MCDONALD'S QUARTER POUNDER WITH CHEESE HANYA RM6.99

Bagi yang teringin nak makan dekat McDonald hari nie. Jangan lupa untuk dapatan kupon McDonald’s Lovin’ Mid Month di bawah ini ye ! Apa yang perlu korang lakukan, hanya perlu print  dan bawa keratan tersebut untuk mendapat diskaun sebanyak RM2.95 bagi setiap pembelian Quarter Pounder With Cheese McValue Meal.
Tawaran promosi  Quarter Pounder With Cheese McValue Meal yang berharga pada RM6.99 ini hanya sah, bermula dari 17 Okt 2011 hingga 25 Okt 2011. kiranya hari nie last day laaaa...

Sepanjang promosi nie berlangsung sya dah 2kali mkn mcd nie, sekali mkn ngan bdak2 opis & sekali lg mkn ngan myhubby.
muka2  bdak opis yg kelaparan.......
gambar masa mkn ngan hubby tak der.. sb kelaparan yg melampau tak sempat bergambar terus ngappp ..

Khamis, 6 Oktober 2011

TIPS MENDIDIK ANAK2

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

4.Berikan ganjaran setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan,
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda,
cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka  lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Isnin, 11 Julai 2011

McDonald's Buy 1 Free 1 Double Cheeseburger


Good morning, Double Cheeseburger lovers! Lovin' Mid Month Special BUY 1 GET 1 F...REE Double Cheeseburger ala carte starts TODAY!

Don't miss out on this awesome Duolicious tower of 2 tasty 100% halal beef patties coupled with 2 slices of mouth-watering high-calcium cheese offer from 11 to 13 July 2011.

Hurry, print your official coupon here: http://www.mymcd.com.my/coupon​/July/doublecheeseburger.pdf

One redemption per customer per transaction. Offer valid in Malaysia (not valid via MDS, Genting and airport stores). Other terms apply.

Khamis, 7 Julai 2011

KUPON BUKIT MERAH PERCUMA


Keratan metro yg mama kumpul

Tiket yg dah selamat di tebus

Yahoooo. finally mama dpt gak Tiket Percuma @ Gempak Santai Harian Metro di Bukit Merah Laketown Resort, Perak. memandangkan setiap hari memang mama beli suratkhabar Harian Metro, so mama berpeluang laa untuk kumpul keratan akhar tersebut bermula 13 June hingga 26 June 2011. 14 keping keratan akhbar tersebut membolehkan mama  menebus sebanyak 2 tiket masuk.  Harga tiket ni 1 @ RM27, jadi kalau 2 @ tiket ni RM54. Agak berbaloi lah juga, sebab harga 14 hari metro tu cuma RM22 je.
So hari isnin lepas mama minta tolong budak opis tukarkan keratan tu, Tarikh untuk tukar keratan tu dari 4 July sampai 8 July (selagi stok masih ada lah yer), Masa pi tukar pg tu org punyalah ramai, jdnya bdak opis mama nie balik dulu la (tak sanggup dia nak tunggu tengah panas terik tu), dia pi semula dlm kul 3 ptg, time tu dah tak ramai org, so senang la sikit nak tukar tiket. Tiket valid sampai hujung bulan Julai. Tp kita org tak perlu tunggu sampai ujung bulan, sb hari sabtu nie dah nak pi dah dgn bdak2 opis.

So sapa2 yg belum tukar tiket boleh pi tukar cepat2 yer, klau tak der keratan tu, bleh jer beli keratan kat pejabat NSTP, Macam bdak2 opis mama buat, dia org tak kumpul keratan metro tu, tp terus pi beli keratan kat pejabat NSTP jer, Mudah & jimat....

Jumaat, 27 Mei 2011

JOM CUBA NESTEA

Sapa dah cuba minum nestea nie?
Bagi mama rasa nestea nie kira ok la jugak & yg penting senang nak buat,
Semudah 1, 2, 3 jer he he he
Hanya tambah air sejuk ke dlm botol nestea & masukkan 1 pek nestea, pastu goncang. (goncang botol bkn goncang badan plak yer)

Rabu, 27 April 2011

DAPAT BARANG FREE DARI LIBRESSE

 

Mesti ramai yg suka benda free kan ?
Walaupun benda tu cuma  pad and pantyliner jer pun

Baru-baru ni mama ada  terima sampel free from Libresse..lepas terbaca satu blog nie, (lupa blog mana) mama pun apa lagi isi la nama untuk sampel free dari Libresse tu.. kejap jer dah dapat sampel pad dgn pantyliner dari Libresse nie

So apa tunggu lg, cpat la isi form yer, benda percuma nie, tp pasti kan anda pompuan saja ya..jantan tak layak..hehe

Selasa, 19 April 2011

JOM MELABUR DLM SAHAM BANK RAKYAT


Alhamdulillah.....
Ada  jugak rezeki mama & hubby nak melabur dlm  saham Bank Rakyat yg hangat diperkatakan skrg. Sebenarnya dah lama kita org nak melabur dlm saham nie tp tak berpeluang sb Bank Rakyat dah lama tutup keahlian, Setahu mama dulu Bank Rakyat bg keahlian utk org yg buat pinjaman dgn Bank Rakyat jer.

Kita org ke  Bank Rakyat Mergong. Fuhh! Penuh orang... jenuh jgak la kita org menunggu no giliran, boleh kata semua org dok pegang borang saham Bank Rakyat nk submit. Siapa tak mau melabur sb dividen tinggi  kan. 15% sethn kira kadar dividen yg paling tinggi di negara ni. Kalah ASB & Bank Persatuan... he he he


Sapa yg tak melabur lg, apakata pakat2 pi serbu Bank Rakyat cepat2, sebelum dana  1 billion tu habis kat semua cawangan!

Klau nak pi melabur jgan lupa sediakan salinan I/C pastu duit.  pi Bank Rakyat isi borang tunggu giliran submit kat staff... Dah siap!

Antara syarat-syarat untuk apply saham Bank Rakyat yang telah dibuka awal bulan April adalah ANTARANYA:
·                     Berumur 18 tahun ke atas
·                     Bumiputera beragama Islam dan bukan Islam
·                     Bukan Bumiputera beragama Islam
·                     Tidak muflis
Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265

Isnin, 21 Februari 2011

TIP AJAR ANAK KE TANDAS (TOILET TRAINING)

Tanda2 yang menunjukkan anak sudah bersedia ke tandas sendiri. Antaranya ialah:
Apabila dia sering cakap, "Mama, dah basah" atau "Bibik, nak tukar lampin lain". Ketika ini anak sudah mula rasa kurang selesa dengan kebasahannya.
Sudah mula membuka lampin pakai buang sendiri dan mengambil lampin lain. Si anak sudah mula rasa kurang selesa dengan lampin pakai buang kotor.
Anak mula bangun tengah malam dan memberitahu ibu untuk menukar lampin pakai buang lain atau memberitahu sudah ´poo poo´ sedangkan sebenarnya tidak.
Apabila ke sekolah, anak selalu berkata, "Eeee...malu pakai lampin". Ini menunjukkan anak sudah ada perasaan malu untuk memakai lampin pakai buang.
Memakai lampin pakai buang lebih sukar untuk melatih anak ke tandas berbanding memakai lampin kain. Ini kerana lampin kain menyebabkan kanak-kanak berasa basah dan ingin segera menukar lampin.
apabila anak sudah menunjukkan tanda berkenaan, suami isteri perlu bekerjasama untuk mengajar anak menjalani latihan ke tandas. Katakan pada anak, "Ini maknanya kakak dah boleh belajar buang air kecil sendiri".
Mendidik anak harus dimulakan dengan kesungguhan. Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah:
Belikan tandas duduk kanak-kanak supaya latihan berjalan lancar.
Anak akan lebih berdikari kerana ibu bapa tidak perlu mendukung anak ketika dia ingin membuang air kecil di dalam tandas dewasa.
Sebagai motivasi, anak akan lebih bertanggungjawab apabila mengetahui tandas duduk itu adalah kepunyaannya dan lebih bersemangat untuk menggunakannya.
Namun, tandas duduk ini tidak sesuai untuk anak lelaki disebabkan ada anak lelaki diajar untuk membuang air kecil secara berdiri.
Namun untuk latihan membuang air besar, menggunakan tandas duduk sangat fleksibel dan mampu melatih anak lebih berdisiplin.
Ajar anak mencuci sendiri bekas yang sudah dipenuhi najis di bawah pengawasan ibu bapa.
Minta pembantu rumah alihkan semua karpet. Ini bagi mengelak anak terbuang air kecil di atas karpet mahal anda.

Ibu harus memberitahu kepada anak rasa apabila ingin membuang air dengan sudah membuang air.
Ini kerana dua perkara ini adalah berbeza.
Bercakap dalam bahasa sendiri mengikut kebiasaan apabila berbual dengan anak kemudian minta anak anda memberitahu bila dia ingin membuang air atau sudah membuang air.
Sentiasa prihatin dengan masa. Contohnya, jika dia sudah lama tidak membuang air kecil, ajak dia ke tandas untuk membuang air kecil.
Biasakan bertanya setiap satu jam atau terus bawa anak ke tandas dan tunggu sehingga dia membuang air.
Aktiviti menggembirakan di dalam bilik air ialah bermain air selepas membuang air.
Beri pujian selepas dia pandai membuang air kecil.
"Saya katakan kepadanya dia memang sudah besar dan selepas ini dia boleh mengajar adiknya ke tandas pula".
Peluk dan cium anak jika dia berjaya ke tandas.
Berdoa dan bertawakal adalah sebaiknya.
Beri dia masa jika ada hari dia tidak mahu ke tandas dan ada masa dia masih mahu memakai lampin.

Di sekolah jika anak masih memakai lampin, berbincang dengan guru kelas untuk melatihnya ke tandas.
Begitu juga jika ditinggalkan dengan pengasuh atau pembantu rumah.
Panduan dan cabaran:
Ibu hendaklah sentiasa bersabar mengendalikan anak yang sedang belajar ke tandas. Semuanya memerlukan masa.
Ibu bapa tidak boleh mengharap anak mereka terus faham dan belajar dengan cepat.
Biar mereka menjadi diri mereka sendiri.
Apabila ada kalanya anak mengalami sembelit, mereka mungkin sedikit terganggu dan takut untuk melalui latihan ke tandas.
Yakinkan mereka dan sentiasa berada di sisi mereka.
Belikan mereka buku mengenai tandas duduk yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke tandas.
Tanyakan apa yang mereka tahu mengenai tandas.
Berdoa paling baik dalam apa jua keadaan. Mintalah pertolongan daripada yang Esa untuk permudahkan urusan ini.

copy dari sini http://anakbonda.blogspot.com/2010/05/mengajar-anak-ke-tandas.html

Sabtu, 11 Disember 2010

BELI HOT TIKET HOTLINK DAPAT PIZZA FREE

Sebagai pengguna talian prepaid, benda yang selalu kena buat adalah top-up kredit. dan skrg nie hotlink ada buat promosi beli hot tiket dpt beli pizza yg saiz kecik tu dgn harga RM1. Sebelum nie hotlink ada buat promosi beli hot tiket dpt 2 ketul ayam KFC free.

Kalau nak tau  Hot Ticket yg harga RM15.00. akan dpt masa berbual 120minit yang berharga RM39.00 dan 300 sms yang pada harga RM21.00. Ini menjadikan jumlahnya RM60.00. dan tempoh sah adalah selama  10hari. Memang berbaloi2  la utk org yg suka bergayut kan.

Cuba tgk berapa biji pizza kami bleh dpt dgn hot tiket nie. Hot tiket nie semua hubby yg punya, saya 1 keping pun tak ada.
He he he tak da maknanya saya nak tukar semua tu sekali gus, sapa nak mkn sampai 4 biji.

Jumaat, 8 Oktober 2010

HOT TIKET HOTLINK + AYAM KFC FREE

Hotlink ada buat promosi Hot Ticket Ramadan bukan sekadar kupon tambah nilai biasa tau tp siap bleh dpt KFC free lagi.

Kalau nak tau  Hot Ticket yg harga RM15.00. akan dpt masa berbual 120minit yang berharga RM39.00 dan 300 sms yang pada harga RM21.00. Ini menjadikan jumlahnya RM60.00. dan tempoh sah adalah selama  10hari.

Tp yg paling best sekali bleh dpt Ayam KFC Free  – satu keping Hot Ticket RM15 ini boleh ditebus dengan 2 ketul ayam KFC.  Kalau Hot Tiket yg RM10 bleh dpt 1 ketul ayam KFC, jd la kan dr tak dpt apa lansung,

Minggu lepas kita org tukar hot tiket tu dpt la 8 ketul ayam, masuk yg nie dah 2 kali kita org tukar hot tiket nie, kali pertama tukar masa bulan puasa hari tu, (masa b.day puteri)

Masa nie dlm keta nak pi tukar ayam KFC free (restoren tu ngan rumah dekat jer tak sampai 10 minit pun)

klik2