KLIK KLIK

heartbeat.my

Jumaat, 15 Februari 2013

ISLAND TOUR KRABI (HONG ISLAND)

Orang cakap, kalau datang Krabi, tak sah klau tak amik pakej tour ke pulau-pulau di sekitar Krabi. Tak kisahlah pakej 4 Island tour ke, Phi-phi Island Tour ke, janji dapat menikmati indahnya ciptaan Allah swt di bumi Krabi.

Jadi, untuk trip kami kali nih dah termasuk pakej Hong Island Tour dengan menggunakan speedboat. Pakej nie mula pkul 9pg & habis dlm pkul 4ptg (waktu Thailand), Pakej dah termasuk mkn tgh hari (jgn risau makanan halal). Klau x silap hrg pakej nie 1200 bath / person atau RM120 untuk seorang. (Tp kami x perlu byr sb sudah termasuk dlm pakej yg kami ambik dgn Travel agency)

Sebelum bergerak, kita ambik gambaq depan Hotel dulu
Berhenti utk sarapan pg, mcm2 ader semua sedap2 & yg penting murah
Jom Layan gambaq , sya dah malas nak bercerita....... 
(yg sebenarnya sya dah lupa semua nama2 pulau yg kami terjah hari tu)
Byk lg gambaq, tp segan nk letak semua... nanti ada plak yg muntah hijua tgk aksi2 kami kat sana. 

Krabi memang best, ada rezeki akan ke sini lg.....

Khamis, 14 Februari 2013

HONEYMOON TO KRABI PART 1

Trip ke Krabi nie bukan percutian yg dirancang, secara kebetulan jer. pukul 9mlm nk bertolak, kul 8 baru hantaq anak2 ke rumah MIL pastu balik umah pek baju plak. kalut mcm lipas kudung kami berdua. (lain kali x mau buat mcm nie dah penat). nasib baik van dtg ambik depan rumah jer... senang kerja.

Yg sebenarnya adik hubby dgn wife dia jer yg nk ikut pakej nie, tp disebabkan van yg nk bawa dia org tu masih kosong tu yg kami tumpang sekaki, lg pun tuan punya travel agency nie member hubby....(klau ada yg teringin nk ambik pakej mcm kami nie info sya yer, memang berbaloi2)....

Kami bertolak dr rumah dlm kul 9 ikut highway terus ke Bukit Kayu Hitam, settel semua urusan pasport di pintu sempadan dlm kul 11.00mlm, kami berhenti minum dulu di Pekan Danok.

Selesai minum kami terus gerak ke Pekan Hatyai plak, sb nk pekena pulut mangga dulu. sya x mkn pun, my hubby jer yg makan, tp dia mkn udang yg mcm kat bawah tu, seekor RM30. gila mahal x berbaloi pun rasanya.
nie la rupa udang yg harga rm30 tu.... 
Selesai mkn naik van terus tidoq. sedaq2 dah sampai depan hotel kat Krabi. kiranya perjalanan dari Hatyai ke Krabi ambik masa 6 jam jugak la. Kami check in Hotel utk rehat2 jap, sb dlm kul 8 nanti nak naik speed bot pusing2 pulau...

Gambaq2 kat pulau nanti sya update yer....

Rabu, 23 Januari 2013

ARIQ DAH 4 BULAN

 Hai semua, comeii x saya :)
Anak bujang mama dah 4 bulan, Berat masa timbang kat klinik hari tu dah 6.1kg.... Aiiiii kejap je masa berlalu, Keletah Ariq di kala 4 bulan makin la macam2... Yang kadang2 buat makpak dia pening, kekadang buat kami tersenyum..

Macam2 keletah baru Ariq skang, paling aktif skali skang tengah gile meniarap.. Buka je mata nak meniarap, pantang letak, pusing kejap tengok dia dah meniarap, siap gelak mengekek2 lagi tu.. Gelak tu bila berjaya meniarap la, kalau tak berjaya alamatnye meraung satu rumah dengar.. HAHAHAHA apa la anak mama ni!

Hurm mengamuk ni pun salah satu hobi baru dia... Dulu kurang sikit nages2 melalak2 nie, skang ni asal lambat bagi susu ke, atau tak cukup tido ke, atau tido dia terganggu or meniarap tak berjaya kompem meraung2 punye..

Suka sgt pegang jari org, terutama time nak tidoq. kadang2 boleh merajuk menangis2 meraung2 bagai sb x bg pegang tangan jer..

Dia dah mula pandai main terutama main meniup buih buih cinta air liur, sangat hebat tang nie ..  kalau dibiarkan boleh basah baju ,  hu hu hu habis luruh rambut mama...

Jom tgk perkembangan Ariq di usia 4 bulan :
- sudah bleh meniarap
- kepala sudah tegap
- makin kepoh bila dengar bunyi. sibuk nak mencari mana datang. Padahal orang lalu sebelah je pun. Siap kepala teleng2 nak tgk.
- dah pandai mengekek2 over. senyum tu toksah kata. pantang orang agah
- suka menjerit penuh perasaan.macam eksaited dengar suara sendiri
- dah boleh pusing badan masa meniarap
- mula menghisap apa aja benda dia nampak. dulu pun suka jugak
- sudah pandai protes apa dia tak suka.
- Tido malam masih berbedung.

Sabtu, 19 Januari 2013

ADIK & KAKAK

Alhamdulillah anak2 mama & abah membesar dgn sempurna... 

Khamis, 3 Januari 2013

03-01-2013 SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Di kesempatan ini sya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir buat suamiku yg tersayang Azrul Hafiz Bin Abu Yazid, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik dan semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Aminnnnnnnnn

Terima kasih kerana menyayangi dan mengasihi diri ini seadanya, syg amat2 menghargainya. Terima kasih kerana sama2 mengharungi hidup yg penuh cabaran dan dugaan ini. Moga kita sama2 sabar dan tabah melayari alam rumahtangga juga dlm mendidik dan membesarkan permata hati kita. Akhir kata...Sayang Abang selamanya....

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Tanpamu nafasku terhenti
Kasih yakinlah kepada dirimu
Sayang dan cinta ku hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya

Selasa, 1 Januari 2013

HARI PERTAMA KE TADIKA UTK TAHUN 2013

01-01-2013 merupakan hari pertama Puteri ke Tadika utk tahun 2013, mama & abah doakan semoga Puteri dpt belajar dgn tenang & ceria di Tadika nanti.....
 apa mimpi abah pg nie bersongkok bagai :)

Isnin, 31 Disember 2012

PERSIAPAN TADIKA UTK PUTERI

Kan mama pernah ckp yg Puteri dah tukar tadika baru utk tahun 2013, so uniform jugak kena ler beli baru... tgk semangat x mama sampai 5 pasang uniforn mama belikan utk Puteri, senang sikit nanti, x la terkejar2 mama nk ulang basuh tiap2 hari, tunggu ujung minggu baru mama basuh semua sekali ....

Yang baju sukan tu mama beli sepasang jer, sb baju tu Puteri akan pakai hari Sabtu jer.. kat tadika baru nie Puteri belajar 6hari seminggu, cuti Jumaat jer...  kesian anak mama, dpt cuti sehari jer.....

CUTI2 KELANTAN TERENGGANU

Percutian terakhir utk tahun 2012, kami ke Kelantan & Terengganu 21-12-2012 to 22-12-2012, 2 hari 1 mlm sajer....

First time Puteri naik BAS, kita org ke Kelantan & Terengganu dgn Bas, 1 bas tu semua saudara mara sya jer... tuan punya sykt bas pun anak saudara sya (so sapa2 org kedah nk sewa bas persiaran contact sya yer).. sb 1 bas semua saudara mara la, sya berani bawa puteri & baby kecik naik bas, klau jd apa2 pun senang, sb semua saudara kan... :).... tp nasib baik semuanya ok, 

Tp yg tak bestnya masa kita org pergi musim hujan, so mood nk berjln tu kurang la sikit, tp mood nk shopping tetap ada...
 berhenti rehat utk mkn tgh hari , lupa plak nama tempat nie.....
 
 
Gambaq kat Kelantan x der, sb asyik hujan jer, malas nk keluarkan kamera..... lg pun dari siang sampai ke mlm asyik  pergi tempat shopping jer punn....

Hari ke2, lepas sarapan pg kat hotel kita org terus gerak ke Terengganu plak...
Nie jer gambar yg ader masa kat Terengganu..... sb hujan tak berhenti2 x best nk bergambaq tp bab nk shopping sya sanggup jer redah hujan.. asal sampai tempat shopping sya yg turun & myhubby dok atas bas jaga anak2 :)
Sbelum bertolak balik singgah Pantai Batu Buruk dulu ....  
Sampai Alor Setar hr Ahad pg, kalut gak la pg tu sb myhubby kerja.. kesian dia pkul 10 baru sampai klinik... x pasal2 kad merah hari tu
Rasa mcm x puas jln2 shopping kat kelantan & terengganu... nanti ader rezeki akan ke sana lgggg

Rabu, 19 Disember 2012

ARIQ DAH 3 BULAN

Alhamdulillah, my little hero dah berusia 3 bulan.. 
* kaki dah kuat tendang2..
* dah kenal org sket2... dok perati jer klu sya tinggalkan dia...
* sudah pandai jeling2 juling2... hahahaha
* sudah pandai buat memek muka
* sudah pandai ketawa sengeh2 nampak gusi
* sudah pandai nak ajak bersembang
* sudah pandai hisap jari
* sudah pandai main air liur (NIE YG MAMA GERAM NIE)
* sudah pandai pegang2 botol susu
* dah pandai sekarang ni merajuk-rajuk.. tambah-tambah lagi kalau lambat bagi susu..
Perut kenyang suka hati

Isnin, 3 Disember 2012

TUKAR TADIKA PUTERI

entry klau x der gambaq x best

Hohohoho...... Puteri sudah banyak berubah. Sejak sekolah ni, macam2 benda dia dapat. Dah lama sya tak ceritakan kisah puteri sya nan seorang nie. Memang semakin bijak si Puteri sekarang. (harus puji anak sendiri).

Alhamdulillah.. Selesai sudah sesi persekolahan untuk tahun ini.  Maknanya Puteri pun dah berjaya menamatkan sesi tadikanya untuk umur 4 tahun.  Sepanjang dia ke tadika ini banyak benda yang dia sudah tahu.  Sudah kenal huruf, nombor & colouring.  Yang lain terlalu awal untuk sya menilainya.  Perjalanan Puteri masih jauh.  Apa yang sya harapkan semoga dia sentiasa diterangkan hatinya dalam belajar.  Peringkat permulaan itulah yang terbaik buatnya.  Biar dia lalui zaman kanak-kanaknya dulu.  Jangan terlampau stress.  Bila masa untuk dia betul-betul belajar barulah fokus.

Tahun depan insyaallah Puteri akan ke tadika yg lain, Kita org tukarkan tadika bukan sb tadika skrg tak bagus. Tp kami tukarkan ke tadika cina sepenuhnya, tadika lama pun ader ajar bahasa cina, tp bila semua pelajarnya melayu jd penggunaan bahasa cina kurang sikit. Lg pun kami memang nk masukkan Puteri ke Sekolah Cina nanti,

Tadika nie pun berdekatan dengan area tempat keja Hubby.  So tak ada hal kalau dia sekolah di sini.  Semoga dipermudahkan untuknya.

Minggu lepas kita org bawak Puteri pi tadika tue.  Nak tanyalah macam mana nak daftar untuk tahun depan.  Semuanya sudah settle.  

So sbg permulaan utk biasakan Puteri di Tadika baru, Puteri dah pun kami hantaq ke tadika tu bermula 1 Dec, 2012. Kita org nk tgk Puteri sesuai x dok sana nanti. Klau ok baru kami byr yuran tahunannya, skrg sya cuma byr yuran bulanan jer rm350.00, Yuran tahunan utk tadika nie bleh tahan mahalnya RM1+++ fuhhhh yuran tadika dah mcm yuran nk masuk U jer... tp harap apa yg puteri belajar kat sini akan berbaloi dgn harga yg kami dibayar.


Memang ada jugak orang yang akan bercakap nanti macam mana nak ajar anak bahasa cina sedangkan kita pun tak tahu.  sya tolak ketepi jer apa yang orang cakap.  Fikir yang positif jer.  Kalau kita dok pikir yang negatif, negatiflah jadinya.

Jumaat, 30 November 2012

PUTERA MAMA DAH 2BULAN

Tak sangka pejam celik, pejam celik, sudah 2 bulan berlalu. Si cilik saya sudah semakin membesar. Dah pandai senyum2 tau.... dah pandai nak agah-agah, dan alert dgn bunyi, dah tahu orang panggil nama dia. Oh, sukanya. Excited macam baby pertama je. Padahal mama dah ada 2 anak skrg nie. Patut pun orang kata naluri ibu pada diri ini sangat kuat. Walau anak keberapa sekali pun, setiap perkembangannya sangat menggembirakan hati.

Alhamdulillah...tak susah nak jaga Ariq sejak dilahirkan Ariq jarang berjaga malam. Berbanding dengan Puteri dulu, hampir setiap malam sya dan hubby 'overnight' semata-mata nak temankan satu-satunya buah hati masa tu. Ariq susah nak tidur lena waktu siang tapi malam dia tidur dengan lena sekali :). So... ibunya taklah letih sangat cuma letih melayan kerenah baby ajelah. Penat tapi cukup membahagiakan saya.

Masa cucuk utk umoq 2bulan berat Ariq dah 5kg, tinggi plak dah 62cm……

Jom layan pic Ariq, x leh letak byk2 pic takut ader yg boring plak nanti....

 
 

Selasa, 27 November 2012

CERITA ARIQ 1 BULAN

wah...anak mama dah semakin membesar... tp hari ni baru mama sempat + rajin nak berblog... harini Ariq dah hampir nk masuk 3 bulan... tp mama baru nk update perkembangan  Ariq masa berumur 1 bulan… gembira rasa bila dapat tengok anak membesar depan mata...

Alhamdulilah... masa 1 bulan Ariq dah pergi cucuk.. nangis la cucuk paha dia.. bila masuk jarum je. pastu jarum keluar senyap sambung tido. hehe. Masa timbang, Ariq dah 4.1kg masa lahir dulu 3.25kg.. tinggi 58cm masa lahir dulu 52cm...
 
 
 

Isnin, 26 November 2012

KONSERT TADIKA ELITE

Haiiih lama betul n3 ni kena peram.. sampai masak ranum dah... hik3x. Sebelum basi meh sini nak stori mori sikit tentang hari Konvokesyen dan Konsert Tadika Elite, Majlis nie diadakan pada hari Sabtu 3-11-2012, lokasi kat dewan Tadika Elite. (dgr dewan mcm besar jer kan, pada hal kecik jer pun tempatnya )
  
Pagi tu, seawal 6.30 pg dah kejutkan anak dara ni. Menyiapkan dia sorang ni pun, Masyaallah... Dah siap semua kita org gerak ke umah MIL dulu, sb MIL awal2 lg ckp nak ikut tgk konsert cucu dia sorang nie.

Sampai jer tadika, terus pas puteri kat cikgu dia, sb dia ada buat 2 persembahan & ada terima hadiah gak utk pelajar terbaik bahasa cina utk kelas 4tahun. (good job puteri)... mama & abah bangga dgn kamu....
Puteri terima hadiah utk kelas 4tahun
Persembahan pertama puteri
persembahan kedua puteri 
habis jer buat persembahan puteri bleh plak nangis, bila mama tanya kenapa dia x jwp, tp mama syak dia lapaq & ngantok, sb semlm dia tidoq lewat
Habis jer acara kat tadika puteri, kita org terus gerak pi mkn dulu sb perut masing2 dah berbunyi, selesai jer mkn, terus ke spital plak utk ziarah sepupu hubby yg sakit & ketika entry nie ditulis sepupu hubby dah meninggal dunia pd (22-11-2012) semoga rohnya ditempatkan dgn org2 yg beriman,... sedih juga bila terbayangkan nasib isteri & anak2 arwah yg masih kecik2 tu...... tp siapa lah kita nk menolak takdir ....... 

Rabu, 7 November 2012

RAYA HAJI KAMI

Macam tak percaya jer masa sambut raya puasa kami bertiga & bila tiba raya haji kami dah berempat :)..

Sambutan raya haji x la semeriah sambutan raya puasa... Rutin kami mcm biasa jugak tak berubah sejak kawin sampai lah dah ada 2 org anak nie.. pg2 raya balik rumah MIL dulu... bila tengah hari sikit baru balik kg mama plak, Pastu petang balik umah kita org plak mandi2 kasi wangi... kemudian keluar ke rumah Tok Wan hubby, lepak kat sana sampai laaa ke mlm... Bila dah puas lepak baru kita org balik rumah semula... zzzzzzzzzzz
 anak bujang mama yg manjaaa
kini kami dah berempat :)
 
 Buah hati sya dulu 2 jer, skrg sya dah ada 3org buah hati
 kakak puteri yg syg sgt kat adik dia, jgn sapa2 nk usik adik dia.. nanti mesti marah punya..
 Ariq pd hari raya ke2, sorry syg baju tu besar sikit utk Ariq
 hari raya ke3, time nie tgh tunggu abah siap2 nk keluar...

Khamis, 1 November 2012

BAJU RAYA PERTAMA BUAT ARIQ

Raya haji kali nie merupakan sambutan hari raya yg pertama buat Ariq Hazim, Jd mama & abah memang excited ler nk shopping baju raya utk Ariq, Nasib baik hari Khamis sebelum raya tu mama dah habis pantang kira hari khamis tu hari ke 45...  x kisah la baru habis pantang pun... mama memang dah ketaq kaki tangan dah nk keluar shopping nie...

Mama shopping baju utk Ariq jer sb baju kakak Puteri dah byk, baju kakak yg beli masa raya puasa hari tu pun ada lg yg belum sempat pakai.... :).. so kakak sila jgn jealous dgn adik yer....

klik2