KLIK KLIK

heartbeat.my

Isnin, 21 Mac 2011

MACAM2 PUTERI

Hai semua.....
Jom tgk foto2 gedik puteri mama nie.


Jumaat, 18 Mac 2011

MAJLIS KENDURI KAHWIN SEPUPU MAMA

Minggu lepas mama balik kg sb ada sepupu mama kahwin, mama balik kg 2 hari berturut2, hari Jumaat ptg mama balik untuk majlis akad nikah, pastu hari sabtu mama balik utk majlis kenduri kahwin plak. Biasa la kg mama dkt jer pun dlm 30 minit sampai la kg. he he he.
nie la pasangan pengantin nyer,
pengantin perempuan tu sepupu mama,
kalau tak silap mama pengantin lelaki tu org Pulau Langkawi
budak kecil nie pun sibuk gak nak posing2 kat atas pelamin,
puteri dgn sepupu dia, (anak saudara mama nie)
Syokkan kenduri kg, kawasan rumah mak saudara mama nie dkt ngan sawah, so hari kenduri bleh parking keta dlm sawah lg.
nie gambar masa hari kenduri, apa yg puteri tgk tuuuuuu


suka la tu dpt main2 dlm sawah

Khamis, 17 Mac 2011

MAMA DPT KUPON FREE SET BIG BREAKFAST MCDONALD

Tajuk tak ingat, tu baru dpt kupon Mcd dah syokkkk sendiri dah.
Yg sebenarnya kupon tu, client yg selalu dtg kat opis mama yg bg, dia nie tuan punya Mcd kat Alor Staq, klau nak tau kat alor staq cuma ada dua restoren Mcd ajer, dua2 dia yg punya.
Mama dpt 2 kupon, ya la mana bleh ambik byk2, staff kat opis kan ramai, kena la bahagi sama rata, bagi semua merasa, baru berkat.
Satu kupon mama dah guna hari Jumaat lepas, lg satu kupon mama ingat nak guna hari jumaat nie kot.
Bdak nie asal dpt pi jln2 kira ok la,
Skrg dah pandai hari cuti dia tak mau pi umah tok dia,
Klau mama tanya awat tak mau pi umah tok?
Mesti dia akan ckp mcm nie: Amau, nak pi alan2 (jln2), @ Amau nak pi apix (pacific)

Selasa, 15 Mac 2011

SEPETANG DI KUALA KEDAH

Rasanya dah lama tak bawa puteri jln2 ambik angin petang, Ya la selalu kita org ambik puteri dari umah mak mertua pun dah dkt time maghrib dah. nak ambik angin mcm mana klau dah gelap kan.
Masa sampai sini dlm kul 6 lebih, rupanya ramai gak org yg dok lepak kat sini,
Dari sini kita bleh la tgk feri ke Langkawi & bot2 nelayan,
Bdak yg happy bila dpt jln2
Bila mama ajak balik mula ler dia buat mcm2 aksi, sb tak mau balik,
Dia sibuk ckp nak tgk botttt..
Nanti ada masa kita naik bot yer sayangggg, skrg abah byk kerja la

Khamis, 10 Mac 2011

YUNA & QI SAH SEDANG BERCINTA - UPDATE STATUS DI FACEBOOK

Akhirnya terjawab sudah gosip-gosip mengenai hubungan cinta yang terjalin diantara Yuna dan Qi sebelum ini.. Ternyata mereka berdua memang sedang dilamun cinta.. Tahniah MyGosip ucapkan kepada Yuna dan Qi.. pengesahan percintaan mereka berdua dinyatakan melalui status relationship mereka berdua di facebook baru-baru ini..

Status yang berbunyi “Qi Razali is in relationship with Yuna Zaraai” jelas menunjukan yang mereka berdua memang sedang bercinta dan rasa dengan munculnya status tu, jelas menunjukan yang Yuna dan Qi sudah bersedia untuk memberi tahu kepada umum yang mereka berdua kini sedang hangat bercinta.. harap hubungan percintaan mereka berdua kekal sehingga ke jinjang pelamin hendaknya..
info dari http://www.mygosip.com/

MANDI KOLAM

2 minggu lepas kita org ke Kulim, rumah akak no 3, Saja jer adik beradik mama berkumpul kat sana, lg pun akak sulong mama nak ke Mekah pd 9 March, Jdnya sebelum dia berangkat nak jugak la kita org berkumpul..

Ya la bukan senang kita org adik beradik nak dpt berkumpul mcm tu, masing2 ada hal sendiri, nak berkumpul sekali sekalapun kena tetapkan tarikh betul2,

Kebetulan kat umah akak nie ada kolam , tp kolam nie sebenarnya  dulu kolam utk ikan, Entah sejak bila plak akak mama nie dah tak bela ikan kat dlm kolam tu. Sebaliknya kolam tu dah tukar jd kolam renang utk anak2 dia.

Kolam nie tak besarpun, sesuai la utk budak2 mandi + main air.
Bukan main suka puteri main air,
puteri tak bw baju mandi, so pinjam jer seluar sepupu dia,
bleh plak dia tahan sejuk tu.


Selasa, 8 Mac 2011

AKHIRNYA YG DI IDAM DAH DAPAT

Yangku idamkan cuma satu, tp bleh plak dpt dua, nie la yg org kata rezeki,
TQ abg sb tolong belikan, nie yg buat ayang makin syg nie he he he.
Electric water dispenser 7.5 liter,  ada dua tank, satu utk panas & satu lg utk suam, rasanya cukup besar utk kami bertiga, mana taknya mama selalu guna air panas utk buatkan susu puteri ja.
Electrolux vacuum cleaner nie mama ambik kaler purple, tp mama tak sarankan beli yg jenis nie, sb mcm kurang power la utk vacuum satu umah, baik guna vacuum yg biasa aja.

Isnin, 7 Mac 2011

PUTERI ADA GENG BARU

Hai semua nie la rupa kawan baru sya, mama beli kat Padang Besar.
Sebenarnya sya tak suka sgt ngan kawan baru nie, tp sb mama dah beli sya pun ambik la jugakkan, takut nanti mama kecik ati plak klau sya tak ambik brg yg mama dah beli nie.
Tp bila dah bwak balik umah sya jd suka plak kat kawan baru nie.
Rasanya Kawan sya nie sama tinggi ngan sya jer,
Tengok sya sayang kawan sya nie, klau dia sakit sya bg dia mkn ubat.
Klau sya nak mkn, sya tak kisahpun syer makanan ngan kawan baru nie.
Hemmm jgn kasi tau mama, sya kongsi mkn dgn kawan sya nie tau, sb td mama nak syer, tp sya tak kasi.

Selasa, 1 Mac 2011

KE PADANG BESAR, PERLIS

Minggu lepas kita org ke Padang Besar, sebenarnya tak rancang pun nak pi sana,
Ingat nak jln2 kat area Alor Staq ja,
Tp masa kita org mkn tgh hari kat Tat Nasi Ayam, hubby offer nak bawak pi Padang Besar, Mama ok ajer, janji dpt jenjalan, mana2 pun boleh.
Masa sampai sana dlm kul 2.30 bdak kecik nie tidoq la plak, Mama kejutkan dia, nasib baik puteri nie jenis yg tak meragam, klau kita kejutkan dia.
Bangun2 tidoq, Abah tlg ikatkan rambut puteri.
Rasa2 my hubby nie bleh dpt Anugerah Bapa Mithali tak? (betul ker ejaannya)
See ok tak rambut puteri?
Kat Padang Besar skrg nie byk jual baju2 baby.
Cantik2 jgak, tp hairan knpa mama tak beli hahhhhhh.
Bila balik umah baru la dok menyesal.
(abg nanti kita pi lain nakkkkk)
Tak membeli sgat pun, saja nak jln2 ja.
Mahal gak buah nie sekilo sampai RM17.00
Otw balik lalu kat ladang rusa,
Bhenti jap kasi puteri tgk

NAK BUAT MINI OFFICE KAT RUMAH

Mini office nie kita org buat kat bilik di tinggat bawah, guna ruang sikit ja, sb bilik tu sebenarnya tempat simpan brg2.
Sb utama mama suruh abah buat mini office nie kerna mama dah tak bleh tahan tgk brg2 + dokumen kerja2 hubby tu berselerak.

Hubby nie bukan reti nak letak kat satu tempat brg2 dia, Pastu klau nak cari satu2 dokumen mula la pening kepala, sb tak tau letak kat mana.

Harap2 dgn adanya mini office yg tak seberapa nie, semua dokumen2 tu tak akan bersepah lg.
Beli almari & meja pasang siap ja kat Giant,
Berpeluh gak la nak pasang
nie la rupa paras almari tu, 
Masa ambik gambar nie kita org belum habis kemas lg.

klik2