KLIK KLIK

heartbeat.my

Jumaat, 24 September 2010

JAMUAN KAHWIN MEMBER OFFICE

Semalam dpt jemputan jamuan kahwin member office kat Sentosa Hotel,
Klau nak tau kat office nie kebanyakkan adalah Cina, Melayu ada la 3 ker 4 org jer.....

Kita pi ber2 jer, tak kuasa nak bawa Puteri, takut plak dia tak mau dok diam nanti kan susah, lg pun nie kan majlis org.
 Rasanya dlm dewan tu meja kita org jer kot Melayu , yg lain semua cina.
 
 Nie menu mlm tu,
 Gambar ambik dari jarak jauh, tak clear sangat
 
Yang baju pink tu la pengantin  
 Majlis nie mula dlm kul 7.30 ptg habis dlm kul 10.00 mlm

Selasa, 14 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA 2010

Raya kami tahun nie serba biru, Raya pertama kita org sambut kat kg hubby....
Nak sambut kat kg saya dah tak ada sapa2 kat kg, yg ada akak yg no 2 ajer kat kg tu...
Jd nya kita org adik beradik sepakat nak balik kg hari raya ke2 aja.

Gambar raya x byk sgt, sb tak sempat nak ambik, sb layan tamu kat rumah mak hubby...
Gambar raya kami, budak nie susah sikit nak ambik gambar ngan dia,
dia tak mau bg kerjasama,
tgk bila org nak ambik gambar, mcm2 la ragam dia...
geram betul ngan dia nie
bleh lak tu tersengih2.
bila paksa ambik gambar mcm nie la jdnya.....
Time ambik gambar ngan hubby bleh plak dia senyum,
saja jer Puteri nie buat mama jeloussssss
Mak ngan ayah hubby, yg sorang lg tu adik lelaki hubby no 2
lg 2 org adik hubby hilang merayap kat na tah
 Raya kedua kat kg mama plak
 
 
 SLMT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Rabu, 8 September 2010

KOLEKSI BAJU RAYA PUTERI YG TAK SEBERAPA

Nie bukan sesi menunjuk2 tau, tp saja nak buat kenangan, nanti bila puteri dah besar dia bleh la tgk baju raya dia masa dia keciq2.
Baju nie mama tempah sama ngan mama, konon nak pakai sama la nanti pg raya,
tp bula dah siap rasa mcm tak cantik la pulak,
Baju nie mama beli yg dah siap, kain tu labuh sikit, Tok puteri tlg repairkan.
Mama beli baju nie sb mama tak berapa nak berkenan ngan baju kurung yg dah tempah tu
Baju raya puteri tak byk sgt tahun nie...
tp rasanya cukup la kot sb mama & abah cuma cuti 3 hari jer utk raya
Yang nie mama beli on line jer
Kasut2 raya puteri, mama beli yg murah2 jer
gigih btul puteri lipat baju raya dia,

GAMBAR BUDAK KANTOI TAK PUASA

Mai kita tgk gambar budak tak posa yg sanggup curi2 mkn kat bawah kerusi....
Puteri : harap2 mama tak nampak ler puteri nyorok bawah kerusi nie he he he
Puteri : Alamak kantoi la mama dah nampak
Puteri : buat2 terkejut la
Puteri : malu nyer kena tangkap tak posa, mana nak nyorok nie...... mama nie jgn la ambik gambar puteri lg
Puteri : ala buat muka tak bersalah jer la, mesti mama tak jd nak marah nyer.... he he he he

Isnin, 6 September 2010

HAPPY B.DAY PUTERI ERYNA BATRISYA (2 TAHUN)

Hari nie 6 September, 2010, genap la usia puteri kesayanganku PUTERI ERYNA BATRISYA yg ke 2 tahun.....
selamat menyambut hari ulang tahun yg ke 2 sayang...
moga dirimu akan menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat........
juga semoga dipermudahkan segala urusan perjalanan hidupmu yg msh panjang lg....InsyaAllah...
mama ngan abah akan sentiasa mengiringimu dgn doa dan menyayangimu hingga ke akhir hayat kami....
Nie kes tak tau nak mkn apa time buka puasa, Saya beli KFC jer utk mkn kat umah mak hubby
Maafkan mama dan abah sayang sb tak adakan sambutan yg gilang gemilang utk  puteri ......
Cuma td lps blk keja, mama ngan abah ada belikan puteri hadiah jer.....
Hadiah yg tak seberapa....
tp cukupla, asalkan puteri mama gembira
Barney tu ada muzik..... tekan kat tangan dia akan nyanyi lagu I LOVE U. (mama ingat puteri suka tp puteri takut plak bila dengar barney tu nyanyi) hu hu hu

Patung yg kat beg tu plak bleh cabut keluar dr beg
Nie kes tak tau nak mkn apa time buka puasa, jd saya beli KFC jer utk bawa balik mkn kat umah mak hubby

Ahad, 5 September 2010

PROJEK TENGAH MALAM BUTA

Lagi berapa hari jer lg nak raya, barula kita org laki bini kalut nak cat pagar & dinding simen tu, pada hal cat dah beli dekat dua bulan dah... Tp asyik tak da masa ja nak buat (alasan).

Sabtu lepas dlm pukul 12.30 mlm, baru la kami dua org sibuk nak mengecat, org lain syok jet tidoq, kami dok mengecat plak. Hubby cat pagar, saya cat dinding simen tu, cat putih dulu, tgk la mlm esok ingat baru nak cat warna kuning plak.....
Sapa la yg seksi tgh mlm2 buta nie
yg nie saya yg cat, ok la dari tak buat lansungkan.

Kita org habis cat dlm kul 3.00 pagi, terus sahur pastu baru ZZZZZZZZZZZZZ

Pagi tu hubby sambung cat lg, sb ada sikit jer lg pagar yg belum cat
tekun betul la cik abg nie buat keja

ESOK B.DAY PUTERI  6 SEPTEMBER, 2010
HADIAH BELUM BELI LAGI

Rabu, 1 September 2010

DULU UPIN IPIN LA NIE BARNEY LA PULAK


Lama tak cerita tentang puteri manja mama nie...

Dulu puteri cukup suka tgk Upin Ipin, asal mama bukak jer TV mula la dia sibuk suruh mama pasang cd upin ipin. Sikit2 Apin, (upin ipin la tu dlm bahasa singkatan dia). sampai kita org kat dlm umah nie dah bleh hafal dialog upin ipin tu.

Tp skrg puteri suka tgk Barney la pulak, siang mlm nak tgk Barney jer, Ptg2 balik jer dari rumah tok dia, masuk dlm umah terus suruh pasang ANIE (BARNEY). Suka betul puteri ngan patung UNGU nie...
Siap bleh tiru gaya Barney tu menarii2 lg.... he he he comel jer mama tgk.
Yg paling mama & Abah suka bila Barney nyanyi lagu I LOVE U, sb puteri akan cari mama @ abah utk peluk & kiss2 sambil ckp I LOVE U kat mama.... he he he BANGGA MAMA.

Hari minggu lg la parah, dari pg sampai ptg (klau tak kemana2), dia akan mengadap Barney tu ajer la...
sampai kita org tak tau perkembangan terkini dah, sb tak dpt nak tgk TV lansung skrg nie..
Tp klau tak bg dia tgk Barney lg susah, mau perang dunia ke2 agaknya, satu baris rumah nie bleh dengar suara dia melalak...
Tekun btul anak mama nie tgk Barney....
Pada hal dah berapa kali ulang benda yg sama jer..

Rabu, 25 Ogos 2010

'DUIT RAYA' RM500 UTK KAKITANGAN AWAM, PESARA

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
 
Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.
 
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. - BERNAMA
 
P/S : Abg nanti bleh beli baju syg ngan puteri sepasang 2 lg yer..... he he he.

Sabtu, 21 Ogos 2010

PESANAN DARI IMAN AL GHAZALI

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling BERAT didunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling TAJAM sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Selasa, 17 Ogos 2010

JORDAN RIVER KURMA YAHUDI


Baru2 nie hubby ada terima satu email dari kawan dia, isi kandungan email tersebut tentang buah kurma

Berhati-hati........bila kita membeli Kurma jgn terbeli kurma dari Yahudi ..
Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia.

Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah  terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam  oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun,walaupun dari segi ekonomi.

 PLEZ FOWARD...

klik2